Sunday, May 25, 2014

Kertas Merah

Mozek: "ni kuar ni ko tak nak vlog plak?"
Kaydee: "untuk apa?"
Mozek: "dah ada aku yang awesome ni.. taknak vlog ke?"
Kaydee: "hahaha.. ntah pape ntah"

Sambil mencari tempat parking kat The Mines, Mozek membebel pasal aku boleh guna conversation tadi untuk vlog aku. Useful katanya. Biasanya memang aku akan vlog tapi kali ni aku tak. Aku terlalu excited sebab finally aku dah kumpul duit untuk beli camera vlogging baru. Full HD yeah! Sekarang aku nak beli accessories lain plak seperti tripod, microphone dan headphone baru untuk aku guna masa edit video. Lepas ni aku kena ubah semua profile description social media aku. Dah takleh dah guna "I love to record videos using my auto-blur video camera". Tapi perasaan happy aku terus berubah jadi risau. Aku nak tulis apa plak kat description aku nanti? I've been using that phrase since 2009 sekarang dah blur tak tau nak tukar jadi apa. 

Mozek: "OKAY! Let's do this!" *berjaya jumpa tempat parking*

Mozek pon sama excited. Mentol Pecah is currently on hiatus. Mozek plan nak kembali active and make contents at his own personal channel so dia perlukan equipment nak buat video juga. Lepas dua tiga kali round shopping complex tu, akhirnye kitorang dapat gak beli tripod. Mic masih takde rezeki lagi nak beli. Tak jumpa. Lain kali je la. Aku mula tinjau kedai untuk cari headphone plak. Headphone lama aku macam tak nak berkhidmat je kat tuannya. Setiap kali aku nak guna mesti aku kena adjust dia biar kuar bunyi. Kalau aku gerak sikit lepas dah adjust tu.. hmmm.. memang tak dengar dah.  

Kaydee: "apa beza headphone untuk gaming dengan headphone biasa?"
Gadis Kedai: "gaming nye headphone ni lagi best kak.. sound dia.. mic dia.. lagi best.. sebab gaming kan.."

Aku diam dan buat gaya seperti aku tengah pikir dengan mendalam.

Hmm.. Mozek takde plak untuk aku tanya pendapat dia. Dia tengah cari barang dia kot. Some of these headphones I've already seen before because of previous fail attempts of trying to buy one. Aku susah nak buat keputusan when it comes to buying stuff. Tapi sekarang memang dah darurat dah ni. Takleh guna langsung dah headphone aku yang lama tu. Bunyi dia macam line wifi yang kejap ada kejap takde dan kena adjust kedudukan kalau nak dapat line elok sikit. Stress aku. Hmm... 

Eh? Dah berapa lama aku pikir ni?

Aku pandang Gadis Kedai yang sabar tunggu aku buat keputusan. Aku senyum tunjuk gigi dan pilih headphone biasa je. Biasa la sangat. Harga RM65. Tapi aku betul-betul nak headphone yang elok. Aku hulurkan note kertas warna ungu dan tunggu Gadis Kedai bagi baki.

Gadis Kedai: "Terima kasih ek kak.. datang lagi.."
Kaydee: "Eh? Harga dia 65 kan?"

Apsal budak ni bagi aku 45 ringgit. 

Gadis Kedai: "Kenapa kak? Tak jadi beli ke?"
Kaydee: "Nah ambik balik 10 ringgit ni"
Gadis Kedai: "Eh kenapa kak?"
Kaydee: "Harga dia 65.. baki sepatutnye 35 je. kan? haha"
Gadis Kedai: "eh???"

Aku tengok je dia gelabah amik calculator. Laju je tekan2 nombor. Dia ni mesti masa sekolah tak suka matematik. Bila dia nampak angka yang muncul kat calculator tu dia terdiam sekejap dan perlahan-lahan angkat kepala pandang aku.

Gadis Kedai: "Kakkkk..........Terima Kasihhhhrghh"

Dia pandang aku dengan mata bulat bersinar-sinar. Tangan dia genggam erat duit 10 ringgit tu. Bibir dia gerak macam nak cakap something tapi tak terkeluar ayat yang dia nak cakap. Aku diam je pandang Gadis Kedai. Tak silap aku ni tanda-tanda orang terharu ni. Tapi versi hardcore. Aku dah mula tak selesa tapi aku nak resit aku. 

Aku toleh belakang dan nampak Mozek tengah beli ink printer. Aku terus jalan ke arah Mozek dan tunggu dia tanya pekerja lain kat kedai tu pasal ink printer.

Mozek: "tak de.. ink untuk printer aku... jom la balik"

Kitorang gerak keluar kedai tu tapi aku masih rasa tak selesa lagi. Aku toleh tepi dan nampak Gadis Kedai masih lagi pandang aku. Mata dia masih bulat bersinar-sinar. Kat tangan dia masih genggam lagi duit 10 ringgit tu. Bila budak ni nak habis terharu? Betul ke tak budak ni kira guna calculator tadi? Aku harap Gadis Kedai tak salah paham. Jangan dia ingat duit tu untuk dia sudah. 


1 comment:

  1. Serius. Aku teringin nak dengar bunyi dia cakap "Terima Kasihhhhrghh"

    Hahaha! Nice Kaydee! Lagi update!!!

    ReplyDelete