Tuesday, October 1, 2013

How to Play: Permainan Hitman Budget



PERATURAN PERMAINAN

PEMAIN
Game ni kena ada sorang "Bos" dan paling kurang 3 "Hitman".
(Untuk game ni kitorang letakkan 2 orang mewakili 1 Hitman. Maka ada 4 Hitmen)

ALAT
Semua orang kena ada kertas dan pensel masing-masing.
Dua buah dadu biasa. Atau app dadu.

PREPARATION (BOS SAHAJA)
Sebelum main, Bos akan hasilkan kad2 "Target" atau sasaran yang Hitmen perlu bunuh.
Mangsa ni WAJIB ada nama, "Nyawa/HP" (paling kurang 7) dan "Punca Kematian"
Butiran tambahan lain boleh ditambah mengikut budi bicara Bos.

Contoh: Harun Jibam, 7HP, punca kematian: "Tawar". Suka pergi zoo. Tak suka hisap susu botol. Sekarang berada di Taman Tun Dr Ismil.

Bilangan sasaran mesti 1 lebih daripada bilangan Hitmen.


START MAIN

Bos akan perkenalkan sasaran-sasaran untuk hari ni.

Hitmen akan gilir-gilir baling dadu untuk menentukan "bajet".
(Contoh bajet "13" maknanya hitmen boleh beli barang yang ada 13 huruf saja "senapangpatah", atau lebih daripada satu barang, tapi mesti cukup-cukup 13 huruf "parang,penukul" )

Sementara Hitmen baling dadu, Hitmen yang lain boleh beli barang mengikut bajet masing-masing dan mula fikir cara untuk bunuh mangsa yang Bos dah bagitahu tadi.

Bila sampai balik ke Hitmen pertama, Hitmen ada pilihan samada nak bagitahu plan kepada Bos, atau nak baling dadu untuk dapatkan lagi bajet.

Bila plan dah diberitahu ke Bos, Bos akan bagi "Markah Kebarangkalian" untuk plan tu (mesti 1-5), makin tinggi kebarangkalian, makin bagus idea tu.

Bila dah tahu Markah Kebarangkalian, (contoh: 3) Hitmen boleh pilih untuk teruskan plan (baling 1 dadu) atau skip dan baling 2 dadu untuk ambik bajet baru.

Kalau Hitmen pilih untuk baling 1 dadu, nombor dadu tu akan dicampur dengan Markah Kebarangkalian untuk menentukan berapa Nyawa yang berjaya ditolak.

Contoh:
Markah Kebarangkalian = 2
Cubaan Bunuh = 5
5 + 2 = 7

Nyawa sasaran = 7
Pembunuhan BERJAYA.

Hitmen ambik "Kad" mangsa dan tambahkan ke markah diorang. Siapa markah paling tinggi setelah semua sasaran berjaya dihapuskan, dia MENANG.




*Aku cadangkan main game ni masa ada gathering atau sesi ice breaking. Baru la korang tau nanti siapa yang pemikiran dia sangat saiko dan korang boleh fikir dua tiga kali nak teruskan ke tak kawan dengan dia :P

** game ni Mozek yang kenalkan tapi aku tak sure dia ke yang cipta. and oh.. ayat peraturan kat atas tu bukan aku yang tulis. aku suruh Mozek gak buat ayat. haha