Tuesday, October 1, 2013

How to Play: Permainan Hitman Budget



PERATURAN PERMAINAN

PEMAIN
Game ni kena ada sorang "Bos" dan paling kurang 3 "Hitman".
(Untuk game ni kitorang letakkan 2 orang mewakili 1 Hitman. Maka ada 4 Hitmen)

ALAT
Semua orang kena ada kertas dan pensel masing-masing.
Dua buah dadu biasa. Atau app dadu.

PREPARATION (BOS SAHAJA)
Sebelum main, Bos akan hasilkan kad2 "Target" atau sasaran yang Hitmen perlu bunuh.
Mangsa ni WAJIB ada nama, "Nyawa/HP" (paling kurang 7) dan "Punca Kematian"
Butiran tambahan lain boleh ditambah mengikut budi bicara Bos.

Contoh: Harun Jibam, 7HP, punca kematian: "Tawar". Suka pergi zoo. Tak suka hisap susu botol. Sekarang berada di Taman Tun Dr Ismil.

Bilangan sasaran mesti 1 lebih daripada bilangan Hitmen.


START MAIN

Bos akan perkenalkan sasaran-sasaran untuk hari ni.

Hitmen akan gilir-gilir baling dadu untuk menentukan "bajet".
(Contoh bajet "13" maknanya hitmen boleh beli barang yang ada 13 huruf saja "senapangpatah", atau lebih daripada satu barang, tapi mesti cukup-cukup 13 huruf "parang,penukul" )

Sementara Hitmen baling dadu, Hitmen yang lain boleh beli barang mengikut bajet masing-masing dan mula fikir cara untuk bunuh mangsa yang Bos dah bagitahu tadi.

Bila sampai balik ke Hitmen pertama, Hitmen ada pilihan samada nak bagitahu plan kepada Bos, atau nak baling dadu untuk dapatkan lagi bajet.

Bila plan dah diberitahu ke Bos, Bos akan bagi "Markah Kebarangkalian" untuk plan tu (mesti 1-5), makin tinggi kebarangkalian, makin bagus idea tu.

Bila dah tahu Markah Kebarangkalian, (contoh: 3) Hitmen boleh pilih untuk teruskan plan (baling 1 dadu) atau skip dan baling 2 dadu untuk ambik bajet baru.

Kalau Hitmen pilih untuk baling 1 dadu, nombor dadu tu akan dicampur dengan Markah Kebarangkalian untuk menentukan berapa Nyawa yang berjaya ditolak.

Contoh:
Markah Kebarangkalian = 2
Cubaan Bunuh = 5
5 + 2 = 7

Nyawa sasaran = 7
Pembunuhan BERJAYA.

Hitmen ambik "Kad" mangsa dan tambahkan ke markah diorang. Siapa markah paling tinggi setelah semua sasaran berjaya dihapuskan, dia MENANG.




*Aku cadangkan main game ni masa ada gathering atau sesi ice breaking. Baru la korang tau nanti siapa yang pemikiran dia sangat saiko dan korang boleh fikir dua tiga kali nak teruskan ke tak kawan dengan dia :P

** game ni Mozek yang kenalkan tapi aku tak sure dia ke yang cipta. and oh.. ayat peraturan kat atas tu bukan aku yang tulis. aku suruh Mozek gak buat ayat. haha




Monday, August 19, 2013

Selamat Hari Raya! :D

Raya tahun ni aku tak balik kampung. Raya kat bangi tak semeriah macam raya kat kampung. So I didn't vlog. It was just a nice calm raya celebration with my family.  So check out sketsa raya Mentol Pecah instead. I did the editing and I'm also responsible for wrecking the photos. hahaha. 




kalau nak tau apa jadi masa rakaman sketsa ni korang boleh tengok the making kat bawah ni. serius Putrajaya sangat panas. bermandi peluh kitorang masa shooting.


 

Movie Marathon


Kaydee and Shazu watched 3 movies and reviews them. Warning: spoilers everywhere :D

Island Hopping



 I went Island hopping in Pulau Pangkor where I kept on praying that I don't drop my camera in the ocean.

Thursday, June 27, 2013

Selamat PenganCAKE Baru


When you go to weddings, you never really get to eat the wedding cakes. haha

Wednesday, June 5, 2013

Kening dan Kentang



don't know why 
tapi sekarang ni aku macam suka plak layan lagu-lagu Ziana Zain. 
yang dia nyanyi live sahaja. 
live je tau 
hahaha

Friday, May 24, 2013

Jom Sarapan Scones!




aku dan adik aku Fatimah bakar scones untuk sarapan.


aku dah start suka video concept camni... 
bawah 2 minit.. close up semua benda. hmmm..

Monday, May 6, 2013

Orang Besi di Hari Buruh



this is how we spent our Labour Day. Iron Man 3 and a whole bunch of random food. 

*cream puff Beard Papa's sangat sedap. sangat. sangat sedap*

Sunday, April 14, 2013

Mentol Pecah Podcast #002 - Kaydee & Suraya (mizblurrity!)


"Kaydee dan Suraya dari youtube channel mizblurrity bersembang tentang trend kenduri kahwin masa kini, tandas awam paling cantik, perabot kedai makanan, dinosaur, alien, dan lain-lain! Ketahui kenapa Kaydee dimasukkan ke kelas khas waktu sekolah rendah dan kenapa Suraya menyesal tengok Pingu bersama anak buahnya!"



Tuesday, March 26, 2013

Survivors!



aku dah serik main slender dulu. rasa takut je.. 
so kali ni aku main tipu skit.. 
volume aku biar slow je.. 
hahaha.. tu yang tenang semacam tu..

Sunday, March 24, 2013

Encik Ladas Meneroka Bangi



minggu ni untuk Budak Baru Baking,
kitorang masak Enchiladas masakan Mexico.
kemudian kitorang jalan-jalan keliling Bangi bagi orang makan.

Friday, March 8, 2013

Big Bad Vloggers

Last week me and my friends went to the Big Bad Wolf Aftermath Sale and met a whole bunch of old and new vloggers.


Friday, March 1, 2013

Resepi Susah Nak Telan


 seronok plak main-main bukak peti ais.

It all started with a simple plan to just hang out kat rumah Alan and main Rock Band 3. Tapi equipment Rock Band 3 tu milik Syeffiq and dia takde kat rumah time tu. So dalam kereta on the way nak gi rumah Alan, mozek came up with an idea to use Alan's kitchen.

Mozek: "aku nak buat something dengan sushi la"
Kaydee: "tak tau nape aku terbayang sushi tu dalam kulit popiah.. hahaa"

sedar-sedar je kitorang pergi amik Maryam kat rumah dia and then terus pergi Jusco beli barang-barang untuk main masak-masak.

check out apa lagi kitorang masak selain daripada Popiah Sushi

 here's some behind the scenes photos.
















check out the bloopers and outtakes 



Aku takkan bagi comment aku untuk resepi-resepi ni sebab aku rasa apa yang Shamin comment sangat tepat dan kena dengan resepi-resepi kali ni.


Shamin: "Apsal macam susah nak telan?"

Thursday, February 7, 2013

Solaris Live with Najwa Latif


first time aku hang out kat petronas dan bukan untuk isi minyak atau beli top-up. 

Wednesday, January 30, 2013

Tuesday, January 22, 2013

Club Cranium!


akhirnya siap jugak video cranium ni
we played this game last year
tapi nak dekat2 akhir bulan januari tahun ni, baru aku siap edit.

we played 2 rounds sebenarnya
first round aku focus main. sebab susah main sambil rakam ni.
second round plak aku focus merakam je sebab tak nak miss out footage best.


leganya dah setel. alhamdulillah.
aku suka video2 camni 
game videos yang kinda educational  
if 1 out of 10 people google something new to them, lepas tengok video ni,
aku dah happy dah. haha

tapi aku nak take a break daripada edit video2 permainan ni
seronok edit video banyak layer ni
but its so time consuming.



Tuesday, January 15, 2013

Cranium


game ni sangat best.
sampai rumah je lepas main game ni, aku google banyak benda.

stay tuned for part 2

Thursday, January 10, 2013

coming soon


coming soon: Permainan Papan: Cranium WOW

the editing for this video is taking longer than I thought it would be. 


Saturday, January 5, 2013

Main Slender




bising betul mulut kitorang main game ni.
dah macam makcik-makcik berebut kain langsir murah kat Nilai 3.

Tuesday, January 1, 2013

Memories of 2012


2012,

I'm gonna miss you,

but I can't wait to see what happens in 2013.

Happy New Year Everybody!