Monday, August 27, 2012

Balik Kampung


aku sangat suka suasana kampung. aku suka sebab banyak pokok kelapa dengan sungai. aku suka tengok makcik2 nenek2 pakai baju kurung tapi pakai kain batik. selalu terbayang apa diorang buat dengan kain baju kurung tu kalau diorang tak pakai. aku suka tengok atuk2 bawak cucu2 diorang naik motor... dan paling best nasi lemak opah aku (kuar air mata terharu)... sedap sangat... kalau nak cerita pasal kampung aku ni. memang banyak cerita ni. tapi nak cepat and tak payah banyak membaca korang tengok video yang aku edit kat bawah ni. 


aku car sick masa dalam perjalanan pergi ke Ipoh. habis kereta adik aku Bahim penuh dengan muntah aku. hahaha.. sampai2 je Ipoh teruk aku kena bahan dengan ahli keluarga yang lain. diorang mati2 ingat Fatimah si adik bongsu yang muntah.. rupa2 aku si anak sulung yang muntah.. sebab tu takde video masa kat rumah atuk aku kat Ipoh. aku tak larat nak buat apa2.. tengok makanan je rasa loya..


Selamat Hari Raya! 

Wednesday, August 22, 2012

Monday, August 20, 2012

Jelajah Rumah Atuk



kalau ikutkan aku tak banyak merakam. adik-adik aku yang banyak merakam. biasalah perempuan kena duduk dapur tolong2.. tangan basah basuh pinggan camana aku nak merakam. here's a teaser video of our Raya in Perak. adik aku Fatimah jelajah rumah atuk kitorang kat Parit, Perak. time ni rumah kosong sebab ramai keluar pergi beraya. aku dan parents aku plak pergi kubur. ejnoy the video. video real raya full insyallah minggu depan.

Warning: korang mungkin pening tengok video ni.

Monday, August 13, 2012

Segerombolan Nelayan


Sabtu, 11 Ogos 2012, aku dan ex-classmates aku masa kat UIAM dulu, iftar dekat Restoran Nelayan, Titiwangsa. Peluh seperigi aku makan kat situ. dengan ramai orangnya. terlalu sesak. aku rasa macam aku tengah  dalam misi tergempar dan kena pergi berperang. That doesn't make any sense but that's exactly how I felt that time. Satu-satunya tempat yang selesa kat situ ialah surau dia. surau dia sangat sejuk. (terima kasih arkitek). 

Tempat sesak2 ni tak sesuai untuk iftar. aku nak borak dengan orang sebelah aku pon susah. Kena tinggikan suara dan masing-masing kena ulang atleast dua tiga kali. And to top it all off, aku baru sedar aku tak reti makan buffet. hahaha. 

Everytime I go to an 'all you can eat buffet', my  mind is set to eat everything. Tapi last2 taktau nak makan apa, tak sempat nak explore semua tempat letak makanan, terlalu banyak minum sampai kenyang awal atau aku terlalu fokus merakam (ni selalu jadi pada aku). but overall it was fun, aku dah lama jugak la tak jumpa diorang ni. so terlepas sikit rindu tu. 










Selamat menjalani ibadah puasa yang tinggal berapa hari je ni.
Selamat Hari Raya Everybody!
Maaf Zahir dan Batin. 

Thursday, August 2, 2012

Salam Ramadhan



aku sampai sekarang tak boleh terima kitorang malas nak beli nasi ayam 
sampai sanggup call orang jauh nun kat Australia.

Selamat Berpuasa dan Menyambut Ramadhan. :D