Sunday, May 27, 2012

coming soon




tengok gambar-gambar ni dan cuba cari persamaan dia apa?

nak clue? 

new video. 

coming soon.

Saturday, May 19, 2012

Harry Potter Tag


Dulu aku memang peminat tegar buku-buku Harry Potter... balik dari sekolah, aku baca Harry Potter dulu, baru siapkan kerja sekolah. esoknya kat sekolah  aku mengantuk.. lepas habis baca ketujuh-tujuh buku Harry Potter, aku jadi fan movie dia pulak... but I'm not the only one who used to be obsess with Harry Potter. Suraya dan Mozek pun suka gak dunia ciptaan J.K Rowling ni.. so aku ajak diorang buat video tag ni (yang memang banyak youtuber luar negara dah buat)... check out video tag kitorang kat atas.. mana la tau kot2 boleh refresh balik memory korang kat Harry Potter.

oh! click here to check out previous video tag that i did


 kita akhiri entry ni dengan 'Bad Photoshopped Pic' khas daripada aku.

Monday, May 14, 2012

Kembali Ke UIAM



5 Mei 2012 yang lepas aku dan studiomates aku kembali ke UIAM... tapi bukan sebab nak belajar ke apa.. sebab Farhani buat keputusan nak kahwin kat situ... aku rasa pelik masa sampai kat dewan CAC tu... sebab tu tempat yang sama aku beratur dari pagi sampai lewat petang nak amik jubah convo.. tempat convo pon kat situ.. 

check out video masa aku pergi CAC untuk ambil jubah convo tahun lepas...



aku baru perasan... lebih kurang je cara aku edit dua2 video ni... takpelah yang penting...

Tahniah kepada Farhani dan suaminya Aizuddin.Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.


oh and a quick announcement. aku dijemput join satu aktiviti ni anjuran UMVC... nama dia. 

VEDFAM : Vlog Everyday For A Month

to know more about VEDFAM. video ni terangkan segala2 nya.. 

aku pilih tarikh 15 Mei, 15 Jun, 15 Julai untuk vlog dan upload kat channel UMVC.. nampak agak pemalas di situ sebab aku sekali sebulan... tapi ada sebab kenapa aku amik sekali sebulan.. aku boleh rancang betul2 aku nak vlog pasal apa and susun masa aku untuk edit. like i said before it's like i'm addicted to editing. kalau orang lain spend free time diorg layan movie... aku edit video dan layan movie. 

so for VEDFAM videos, see you next month. 

oh. working on a video with Suraya and Mozek. here's a little sneak peek. 

aku tak sure bila aku boleh siap video ni.
let's all be surprised.

Saturday, May 12, 2012

Vlog Series: Takut Ke Der?


Habis je upload semua 6 episode 'Takut Ke Der?', aku rasa macam aku dah berjaya siapkan assignment untuk kelas yang takde kredit hour.. takat wajib lulus punya kelas.. so have you watch all the episodes? cause this entry is like the inside scoop of the some of the experience of making this Vlog Series.. watch all 6 episodes first and then if you're curious to know more read this entry..

there's a reason why the title ada tanda soal. sebab aku tak expect pon series ni akan jadi seram. so tanda soal tu untuk aku tanya kat viewers takut ke tak cite ni? sebab tu la tajuk dia 'Takut Ke Der (?)'. seminggu sebelum shooting, aku, Niman, Mozek dan Suraya brainstorm sama2 untuk dapatkan tajuk series ni. ni hasil brainstorm.

'bonggol angsa' tu sebab kitorang translate Goosebumps dalam BM

kitorang shooting 'Takut Ke Der?' pada 8 April 2012.. kat Nilai yang sangat panas. so kira bulan lepas la.. and i spent a day to edit "The Making of Takut Ke Der?" and about a week and a few days after that to edit all episodes. Suraya tolong aku siapkan subtitles. so lepas tu aku boleh fokus kat studies aku sebab tinggal upload je seminggu sekali...

kalau nak tau mana aku dapat idea untuk buat vlog series ni tekan kat bawah ni -

Part 1 - Kaydee 


aku dari awal2 lagi dah volunteer nak jadi pencerita pertama sebab aku tau cerita aku tak seram... kalau seram pon diorang takkan rasa takut sebab aku yang cerita. there's a reason why i don't do vlogs that just show aku sorang je bercakap pasal issue ke apa ke.. sebab aku rasa sangat awkward depan camera.. and masa awal2 shooting part aku ni, banyak tak jadi sebab aku asyik tergelak sampai kena ulang banyak kali... aishh membazir bateri camera betul.. mula2 aku cerita pasal budak perempuan tgh study untuk SPM sorg2 kt rumah pastu ada perempuan berdarah bawak baby nak tumpang rumah dia.. tapi cerita tu dijadikan bahan jenaka plak..

Shazu: "aku senyap sebab aku tengah menjiwai watak tu... watak baby tu.."

Part 2 - Shazu


Kalau ikutkan sebenarnya cerita Shazu ni sangat seram. tapi sebab aku dah tiap2 tahun dengar dia cerita benda ni je. aku letak dia jadi orang second bercerita. dalam group 6 orang ni, yang tak pernah dengar cerita ni Shaf sorang je. itu pon Shaf lupa yang aku pernah cerita kat dia sebelum ni.. if you look closely semua orang buat muka "laa cerita ni"... aku pulak diam je tahan sabar.. aku bagi ko masa buat research! ko tak buat.. recycle cerita lama plak.. cis!

Mozek: "aku ingatkan ko nak ubah ending dia.. badan hantu tu macam manusia 
biasa kecuali bontot dia warna merah.." 

Part 3 - Shaf


Shaf adalah antara orang yang aku akan nak masukkan dalam video2 aku.. dia selalu bagi respond spontan kat apa yang berlaku sekeliling dia.. aku assume bila orang tengok part 3 ni mesti diorang anggap aku susun selang seli lelaki perempuan bercerita.. kebetulan je tu.. bagi aku kalau pengalaman sendiri mesti seram... sebab benda tu kita alami sendiri... cerita shaf buat aku pikir macam mana la agaknya knowing the fact that you are living with 'something' or 'someone' kat rumah sendiri... sampai satu tahap you just have to get use to it...

Shaf: "kita boleh cerita, cerita betul kan?"

Part 4 - Niman


Niman sebenarnya tak suka cerita seram. Kalau pegi tengok wayang and plan nak tengok cerita seram, dia awal2 lagi dah tolak. some people may think cerita niman ni tak seram. Tapi kalau korang pernah edit video, korang akan rasa seram. Kes ni sama macam korang tangkap gambar and nampak benda yg tak sepatotnya ada dalam gambar tu. Masa habis rakam part Niman ni, Niman check video camera dia (yang ada kat tripod) and ada part macam rosak tiba2.. macam ada something lalu depan camera and rosakkan footages kitorang.. macam je la.. tak betul pon (harap-harap tak betul la)..

 Niman: “kd… good luck tau edit video ni” 

Part 5 - Suraya


aishh.. baru plan nak semua thumbnail video muka pencerita.. tapi takde plak dalam pilihan thumbnail muka suraya je...suraya punya cerita ni ringkas and pendek sebab tu aku masukkan dua cerita sekali... sampai sekarang aku asyik teringat2 part ustazah tu dapat rasakan macam ada orang tidur kat sebelah dia.. aku dapat bayangkan tilam tu macam kebawah sikit... eeeeshhh.. *tibe2 tutup telinga*

 Kaydee: "macam Ju-on ek dia merangkak.. tapi Ju-on merangkak keluar TV"

Part 6 - Mozek


Mozek sama macam Niman jugak, tak suka cerita seram. Tapi bukan sebab dia takut. Dia just prefer cerita-cerita kelakar… nak dijadikan cerita, Mozek mintak aku tolong dia dalam hal-hal kerja dia.. dan aku bagi syarat, aku tolong dia and in return he has to come up with the scariest stories. aku tau dia boleh come up dgn stories pelik-pelik sikit sebab dia memang penulis… memang kerja dia research cari idea untuk menulis…

Aku edit cerita Mozek ni last sekali, sebab aku macam takut nak edit sorang2… untuk part 1 dengan 2 Suraya sempat teman aku edit… part2 lain semua aku sorang2 je edit.. dan aku hanya ada masa edit malam2… dah la cerita Mozek ni tekankan jangan ingat nama Anansi tu.. aku bukan saja ingat nama dia.. ayat2 Mozek bercerita semua aku ingat…

Video Camera

We had 2 main cameras… satu kat tripod yang kitorang sentiasa ubah dan gerakkan menghadap pencerita.. so angle sentiasa berubah… satu lagi camera yang kitorang pegang gilir2 untuk close up muka.. sebab mozek pencerita last dan aku banyak buat silap masa aku bercerita, camera aku (yang warna merah tu) memory dia dah full sebelum Mozek start bercerita. And terpaksa guna camera ayah aku untuk rakam close up.. tapi ada masalah plak bila aku transfer. Video footage close up Mozek takde… serius aku check kat camera ada.. tapi bila transfer takde… cuak jugak aku, macam Anansi tu taknak aku sebarkan cerita pasal dia.. so in the end aku terpaksa guna footages yang ada je.. daripada camera Niman kat tripod tu… sebab tu video Mozek cuma ada satu angle je.


Takut Ke Der? -EXTRA

sepanjang shooting ni kitorang banyak main sebenarnya. here's an extra video i edited.. it was hard to keep on being serius sebab Shazu ada je benda dia nak merepek. aku letak extra video yang ni sebab aku takut orang tak faham kenapa Niman takut sangat dengan watak Nenek ciptaan Shazu. dia macam inside joke antara Shazu and Niman.

  

check out more behind the scene photos.



 if you're familiar with Budak Baru Baking videos.
here some of the leftovers we used to eat while shooting.



aku normally tak kan akhiri blog aku dengan ayat "panjang gila aku tulis" 
but i'm gonna give it a try. 
WOAAAAHH.. panjang gila aku tulis.. 
dah macam wikipedia khas untuk 'Takut Ke Der?' 
i hope you guys enjoyed this vlog series as much as we enjoyed making it.
aku tak sure lepas ni aku nak buat ke tak lagi keje2 camni..

let's all be surprised.