Thursday, April 26, 2012

I'm a Ravenclaw


currently, aku suka main Pottermore.. dapatla jugak berangan masuk Hogwarts.. aku dah dengar lama dah pasal website ni tapi baru minggu lepas start main and guess where the sorting hat put me? aku Ravenclaw! aku nak sangat2 masuk Gryffindor walaupun mula-mula aku ingat aku Hufflepuff tapi Ravenclaw's cool too... 


aku sebenarnya tak reti main game online ni... and proses nak pegi ke sorting hat tu memang sangat lama.. chapter 7 baru boleh tau masuk rumah mana... sambil main tu aku banyak tanya kawan2 aku Mozek and Maryam (both of them are Slytherin) camana nak main.. nak tekan apa.. nak gi mana.. mula-mula aku senang confius lama-lama baru aku sedar.. oh game ni kena banyak tekan2...


if you're a die hard fan of Harry Potter, aku rasa mesti semua dah tau pasal website ni... but if you still don't know about it.. go check it out here- Pottermore

aku boleh kira berapa kali aku lulus add math..(sekali je.. tu pon masa SPM)
 camana la boleh dapat Ravenclaw ni.. 


aku paksa adik-adik aku semua main.. and result dia jadi camni..

aku -Ravenclaw
Ibrahim- Ravenclaw
Ismail-Slytherin
Yusof- Hufflepuff
Fatimah- Slytherin

alaa.. tak aci nya.. keluarga Weasley boleh pulak semua masuk Gryffindor.

Wednesday, April 11, 2012

i just want to see you senyum.



lagu ni buat kepala aku gerak kiri ke kanan dan ke kiri balik pastu kanan semula 
dengan perlahan sambil sengih kecik sorang-sorang...

(boleh bayangkan tak?)

Monday, April 9, 2012

the making of "Takut Ke Der?"



masa aku kecik2 dulu, aku dengan adik-adik aku suka tengok cerita-cerita macam Goosebumps dan Are You Afraid of The Dark.. cerita seram yang sesuai untuk kanak-kanak...dulu masa tengok tu berdebar-debar je sebab aku fokus nak tau apa jadi... sekarang bila aku tengok balik nak research untuk buat Takut ke Der ni... fokus aku banyak teralih ke benda-benda lain macam fashion zaman tu dan logik ke tak cerita tu...

Are You Afraid of the Dark ni cerita pasal sekumpulan budak-budak bawah umur dalam satu kelab ni... The Midnight Society... tepat pukul 12 (malam ye bukan tengah hari) diorang akan berkumpul kat tempat rahsia dalam hutan... setiap kali meeting diorang akan gilir-gilir cerita kisah-kisah seram.. so kalau ada orang nak tanya aku mana aku dapat idea ni... aku akan jawap banyak influence dari cerita ni... bezanya cerita ni dengan Takut Ke Der ialah kitorang buat tengah hari buta... gila ko nak buat malam.. kena tangkap basah karang...


aku betul-betul nak try buat my own version of Are You Afraid of the Dark. so bulan lepas aku ajak kawan-kawan aku Mozek, Suraya, Niman, Shazu dan Shaf untuk tolong aku buat cerita ni... lepas dah bagi briefing skit cerita ni pasal apa... diorang setuju nak join... aku bagi diorang assignment.. masing-masing kena cari dua cerita seram (satu sebagai back up mana la tau kot2 tersama cerita ke)... sumber untuk dapatkan cerita seram tu bebas ikot cara masing-masing... then comes the hardest part... nak set hari shooting yang enam2 orang free... masing-masing dah ada tanggungjawap sekarang tapi akhirnya dapat gak satu hari yang semua free...

check out the photos on the day we shoot this short sketch





 Mozek tiru gaya pakcik-pakcik dalam Mastika selalu tangkap gambar. 
berdiri tegak sambil tunjuk tempat kejadian.


 kitorang tiru gaya Mozek tiru gaya pakcik-pakcik Mastika tangkap gambar.
berdiri tegak sambil tunjuk tempat kejadian.





honestly, aku sendiri tak sure lagi how this video will end up... sebab banyak benda yang aku plan tak jadi masa shooting.. it all depends on cerita-cerita yang kitorang ceritakan...
so let's all be surprise....