Tuesday, March 27, 2012

Panah Tepat ke Tanah


minggu lepas aku, Suraya and Shaf singgah jap kat Hot Air Balloon Fiesta 2012 kat Putrajaya... tapi sayangnya.. masa kitorang singgah tu balloon tak naik-naik... orang yang ditugaskan tiup balloon tu tengah berehat kot... kecewanya aku... i even did a few research on how to shoot balloons (ini kisah benar)... aku dapat rasakan mesti lewat petang nak dekat maghrib tak pon malam baru naik belon2 tu... tapi kitorang taknak duduk lama-lama sangat kat situ... singgah jap makan char kuey teow pastu round2 tengok masyarakat Malaysia.. check out the video i edited of us kecewa takde belon dan jadikan bow and arrow sebagai penawar duka dan lara... 



*oh! aku rekemen korang tengok The Hunger Games... sangat best... aku malas nak buat review sebab terlalu banyak benda aku boleh cerita from a reader's point of view... kalau korang baca buku dia... lagi la best.. jangan pedulikan kalau orang cakap "alaa.. sama macam Battle Royale..." "alaa.. sama macam The Running Man"... concept je sama.. jalan cite lain... banyak pulak cekadak.. korang baca novel and tengok movie concept kawen kontrak berulang-kali takde plak korang nak bising... bukan korang la... orang lain... hehe~*




Spoiler: dalam gambar ni 3 orang je yang hidup... yang lain semua mati...

Thursday, March 22, 2012

Biskut Halia Youtubers


dari dulu lagi, masa aku tengok watak Gingy dalam Shrek, aku rasa macam nak makan je dia... pelik aku, halia boleh buat jadi biskut... so minggu lepas aku dengan Suraya cuba buat Biskut Orang Halia... tapi sebab kitorang takda cookie cutter bentuk manusia (puas dah cari tak jumpa-jumpa), yang paling nampak macam manusia cookie cutter bentuk teddy bear... dia macam set ada size kecik, size sederhana, and size besar... ala-ala Goldilocks and the Three Bears


kali ni kitorang tak jemput sesapa jadi mangsa sebab kitorang dah rancang nak buat segmen lukis2 kat biskut tu... and tema dia... Youtubers Malaysia.. kitorang randomly pilih 6 je.. sebab biskut tu sensitif gila... banyak kepala terpancung... 

dan hasilnya.... taraaaaaa~
sama tak?







Wednesday, March 14, 2012

How I (finally) Got My License


“kalau kereta ni terberhenti… SAYA AKAN GAGALKAN AWAK!!!” 

Terkejut aku bila tiba-tiba je JPJ sebelah aku yang bermisai tebal menengking aku. Macam singa garang tau... bergema suara dia dalam kereta kancil tu... Aku kat sebelah je kot dan aku tak pekak lagi… dia bisik pon aku dah boleh paham dah apa yang dia nak sampaikan… tapi sebenarnya aku tak salahkan dia sebab tengking… I was having a hard time handling the gears… susah betul aku nak cari gear 3… kali pertama aku salah masuk gear JPJ terus tegur aku..

“eh awak ni… takkan gear pon tak reti nak guna”

Aku cuma “hehe” je kat dia… dalam hati tuhan je la tau aku dah cuak gila sebab dah kena tegur camtu… dalam kepala aku asyik ulang-ulang ayat yang sama je…

“habislah.. habislah.. habislah.. gagal lagi…”

This wasn’t my first attempt… but it was actually my fifth attempt… aku tak tau la kenapa dengan diri aku ni.. sampai susah sangat nak dapat lesen kereta… sampai aku dah terbiasa jadi bahan usikan keluarga dan kawan-kawan…

Atuk: “kamu belajar je rajin2… keje bagus2 pastu bayar drebar bawak kamu merata2”

I know it sounds sad but that exactly what my grandfather said to me… 

my first attempt to get a legal driver's license was back in 2009 and it was one of the most weird and embarrassing moments in my life... aku overslept masa hari nak ujian memandu, and i was late and i missed the briefing where they tell everyone what they should do and where they should wait... aku salah tunggu kat tempat orang test motor... sejam lebih aku duduk kat bench tengok orang bawak motor asyik angkat tangan je memanjang... by the time aku sedar aku tunggu kat salah tempat, nombor giliran aku dah lepas.. it was an automatic fail and I had to repeat. Aku rasa tak pernah ada orang yang fail sebab ni… kira macam aku ni kes yang sangat unik la… yang takleh blah nya aku seronok sorang2 tengok orang test motor...

my second attempt was pretty normal... aku gagal semua.. bukit, parking dan on the road... bukit aku lepas, tapi masa parking aku terlanggar tiang... on the road plak aku berhenti terlebih garisan putih masa dekat traffic light...

my third attempt was surprising to me... aku gagal parking (lagi) tapi aku lulus on the road... parking aku gagal sebab aku lebih masa... ni lagi satu orang jarang kena... bukit aku lepas, tapi tu pon berasap2 kereta tu aku buat... menjerit JPJ perempuan yang tengah jaga timing aku untuk bukit... tak pasal2 aku dapat free bebelan. on the road plak aku terbehenti sekali... kat traffic light gak.. masa tu aku dah cuak dah.. tapi JPJ yg aku dapat sangat baik... dia sabar je suruh aku jangan gelabah and suruh aku hidupkan enjin.. and dia akhirnya luluskan aku...

i was getting ready for my fourth attempt.. aku cuma perlu repeat bukit dan parking sahaja.. tapi time tu aku dah start semester balik and classes was starting so aku tangguh dulu... tangguh2 sampai tak sedar... dah lebih 2 tahun... and guess what?.. aku bukan kena repeat parking je.. tapi aku kena repeat the whole process to having a driver's license... ceramah, test computer, bengkel, dan 9 jam kelas memandu... duit usah cakap la.. memang aku rasa bersalah gila kat parents aku.. memang aku nak bayar balik semua nanti bila aku dah kerja bagus-bagus dan ada drebar sendiri...

so my fourth attempt was this year.. 2012... kali ni aku lebih fokus dan tenang... aku dah grad and tengah sambung masters... takde benda nak tensionkan aku dan aku dapat rasakan yang aku paham apa aku tengah buat masa tengah memandu.. sebelum ni aku main taram je.. main pusing je stereng time buat parking.. masa buat bukit tu aku dah baca macam2 dah... alhamdulillah lepas.. dan kereta tak berasap... parking aku tak ingat sangat apa jadi.. sebab semua macam pantas je berlaku... sekali lagi alhamdulillah aku lepas... cuma on the road plak aku fail... aku terbehenti kereta kat double line masa nak tukar gear... kesalahan mandatori yang aku sendiri tak sangka aku akan buat... 

2 weeks after that (semalam 13/03/2012), i was trying for my fifth attempt... aku repeat on the road je..

“kalau kereta ni terberhenti… SAYA AKAN GAGALKAN AWAK!!!”

rasa nak nangis je bila kena tengking camtu masa tengah bawak kereta... dia ingat aku nak sangat ke fail? aku dah bosan kot fail2 ni.. walopun kisah ini mungkin menarik untuk dicerita kepada cucu cicit aku nanti but still i never wanted to fail... tapi bagus gak dia tengking aku sebab lepas tu aku terus buat betul2... dalam fikiran aku cuma satu je... 

"Ya Allah ya tuhanku tolonglah bagi JPJ ni luluskan aku...
aku janji aku akan rajin bawak mak aku pegi pasar lepas ni... "

dan kereta tu tak berhenti.. it just kept on moving dan encik JPJ tu senyap je sampailah dah abis dan aku dah sampai kat tempat aku start memandu... aku diam je tunggu dia tanda kertas pink tu... 

"kamu kena praktis lagi guna gear...nah sign kat sini.. 
tinggalkan pen kat situ.. saya nak pergi toilet jap"

encik JPJ tu kuar kereta dengan muka masam... seorang lelaki India tengah tunggu aku kuar kereta tu sebab giliran dia plak lepas tu... tapi aku masih dalam kereta perhatikan kertas pink tu sambil tersenyum....

Friday, March 9, 2012

Permainan Papan: Settlers of Catan



aku dah tau kenapa aku rasa happy sangat main board game ni... sebab aku dah lama tak main game2 macam ni... kat rumah takde board game... kalau ada pon monopoly yang duit makin lama makin kurang... (duit monopoly pon ada toyol curi ke?)... last main game2 camni masa aku kat studio masa final semester dulu... eh tapi tu bukan board game.. kitorang main UNO... tapi boleh la dikategorikan as game yg main lebih 3 atau 4 orang...

check out video kat atas... kitorang main Settlers of Catan masa melawat Mozek yang tak sedar diri dia tu sakit... (asyik gelak je nasib baik x tercabut jahitan bedah dia)

the rules of this game is actually quite simple and easy to understand tapi simple2 pon tetap banyak benda nak kena terangkan so nak tau rulesnya gerakkan mouse anda dan click kat sini 

eh jap.. macam kecik sangat je nak click kat bahagian sini tu.. so better korang jangan click sini tu.. tapi click bawah ni...



Top 5 Vlogs

tiba-tiba aku rasa nak share apa yang aku selalu tengok kat youtube... aku bagi top 5 vloggers yang aku minat sangat-sangat... aku bagi yang luar negara nya sebab yang dalam negara nya macam sama je dengan semua orang...



5. Joey Graceffa


dia suka share pasal buku2 yang dia baca... product kesihatan yang dia guna.. kisah-kisah masa dia kecik and time dia sekolah yang kebanyakkan sangat kelakar.. aku tengok video dia baru aku kenal The Hunger Games.




4. Charlieissocoollike


dia ni.. sangat comel... geram gila aku...aku suka dengar cara dia bercakap.. aku suka video dia sebab dia banyak cite pasal science..



3. Daily Grace


Grace ni sangat kelakar... sengal dan kelakar... tahap macam tak betul tau.. tu je aku mampu cakap pasal dia ni.. semua video dia mesti ada part aku akan tergelak..




2. David So Comedy


he's a stand up comedian, singer and song writer... dia banyak buat video respond kepada benda2 ntah pape yang orang selalu post kat youtube.. aku suka sebab dia terus terang kutuk.. tapi dalam masa yang sama dia akan bagi nasihat sekali.. aku suka bila dia sarcastic dan suara dia sangat sedap bila nyanyi...




1. Mr Arturo Trejo


dia ni memang favourite aku... sabar je aku tunggu video2 dia.. most of youtubers yang aku layan sumenye keje as youtubers je... tapi dia tak.. dia ada steady job tapi dia ni still mampu buat videos tiap2 minggu... dia taknak behenti keje sebab sayang dah penat2 belajar tinggi2... aku suka cara dia edit video (aku banyak terikot2 style dia edit).. susah nak terangkan kenapa aku suka sangat video dia.. maybe korang kena try layan kot 2 atau 3 video dia and then maybe korang akan cakap... "oh.. patotlah kaydee suka.."






*nextnya entry nak share top 5 cooking channel yang aku suka layan kat youtube*
*maybe*
*kot*
*yela yela  nanti aku share*

Friday, March 2, 2012

Double Trouble Muffins


so last week's brownies was a disaster... aku pergi kedai teman mak aku beli barang dapur and masa lalu kedai kek yang jual brownies rasa sayu je sebab brownies kitorang takde rupa langsung macam brownies normal... so this week kitorang nak buat benda yang simple (tapi brownies pon simple je camana bleh tak jadi?).. we decided to make muffins. dua jenis muffin.. satu chocolate chip muffin and lagi satu pizza muffin...



Chocolate Chip Muffin
kitorang lupa letak vanilla essence.. bila dah masuk dalam oven baru teringat
tapi rasa dia okay je cuma kenapa dia tak nak kembang lagi? 
kan best kalau dia timbul dari bekas cupcake tu... aisshh~



Pizza Muffin
surprisingly this turn out okay... 
walaupun rupa dia kurang menyelerakan..
cuma kitorang tak jumpa pepperoni kat kedai so kitorang tukar letak ayam


ni markah yang mangsa-mangsa minggu ni bagi kat muffins kitorang

dalam masa sebulan kitorang dah buat 4 video... minggu depan kitorang ingat nak rehat jap la.. aku nak fokus kat masters balik.. and to be honest kitorang dah start rasa macam rushing nak siapkan video.. which is not a good sign since we're suppose to be having fun... so ketuhar kitorang akan panas balik lepas seminggu atau dua minggu...

*aku sekarang suka layan The Voice... aku sangat2 nak tau Cee-lo letak kat mana kucing dia masa Blind Audition.. banyak kali aku tengok dia komen pasal peserta sambil usap2 kucing dia.. tak bosan ke kucing tu tengok orang nyanyi? kucing tu tak rasa macam nak jalan2 ke masa orang tengah nyanyi?*

nama kucing saya Purrfect~