Wednesday, March 14, 2012

How I (finally) Got My License


“kalau kereta ni terberhenti… SAYA AKAN GAGALKAN AWAK!!!” 

Terkejut aku bila tiba-tiba je JPJ sebelah aku yang bermisai tebal menengking aku. Macam singa garang tau... bergema suara dia dalam kereta kancil tu... Aku kat sebelah je kot dan aku tak pekak lagi… dia bisik pon aku dah boleh paham dah apa yang dia nak sampaikan… tapi sebenarnya aku tak salahkan dia sebab tengking… I was having a hard time handling the gears… susah betul aku nak cari gear 3… kali pertama aku salah masuk gear JPJ terus tegur aku..

“eh awak ni… takkan gear pon tak reti nak guna”

Aku cuma “hehe” je kat dia… dalam hati tuhan je la tau aku dah cuak gila sebab dah kena tegur camtu… dalam kepala aku asyik ulang-ulang ayat yang sama je…

“habislah.. habislah.. habislah.. gagal lagi…”

This wasn’t my first attempt… but it was actually my fifth attempt… aku tak tau la kenapa dengan diri aku ni.. sampai susah sangat nak dapat lesen kereta… sampai aku dah terbiasa jadi bahan usikan keluarga dan kawan-kawan…

Atuk: “kamu belajar je rajin2… keje bagus2 pastu bayar drebar bawak kamu merata2”

I know it sounds sad but that exactly what my grandfather said to me… 

my first attempt to get a legal driver's license was back in 2009 and it was one of the most weird and embarrassing moments in my life... aku overslept masa hari nak ujian memandu, and i was late and i missed the briefing where they tell everyone what they should do and where they should wait... aku salah tunggu kat tempat orang test motor... sejam lebih aku duduk kat bench tengok orang bawak motor asyik angkat tangan je memanjang... by the time aku sedar aku tunggu kat salah tempat, nombor giliran aku dah lepas.. it was an automatic fail and I had to repeat. Aku rasa tak pernah ada orang yang fail sebab ni… kira macam aku ni kes yang sangat unik la… yang takleh blah nya aku seronok sorang2 tengok orang test motor...

my second attempt was pretty normal... aku gagal semua.. bukit, parking dan on the road... bukit aku lepas, tapi masa parking aku terlanggar tiang... on the road plak aku berhenti terlebih garisan putih masa dekat traffic light...

my third attempt was surprising to me... aku gagal parking (lagi) tapi aku lulus on the road... parking aku gagal sebab aku lebih masa... ni lagi satu orang jarang kena... bukit aku lepas, tapi tu pon berasap2 kereta tu aku buat... menjerit JPJ perempuan yang tengah jaga timing aku untuk bukit... tak pasal2 aku dapat free bebelan. on the road plak aku terbehenti sekali... kat traffic light gak.. masa tu aku dah cuak dah.. tapi JPJ yg aku dapat sangat baik... dia sabar je suruh aku jangan gelabah and suruh aku hidupkan enjin.. and dia akhirnya luluskan aku...

i was getting ready for my fourth attempt.. aku cuma perlu repeat bukit dan parking sahaja.. tapi time tu aku dah start semester balik and classes was starting so aku tangguh dulu... tangguh2 sampai tak sedar... dah lebih 2 tahun... and guess what?.. aku bukan kena repeat parking je.. tapi aku kena repeat the whole process to having a driver's license... ceramah, test computer, bengkel, dan 9 jam kelas memandu... duit usah cakap la.. memang aku rasa bersalah gila kat parents aku.. memang aku nak bayar balik semua nanti bila aku dah kerja bagus-bagus dan ada drebar sendiri...

so my fourth attempt was this year.. 2012... kali ni aku lebih fokus dan tenang... aku dah grad and tengah sambung masters... takde benda nak tensionkan aku dan aku dapat rasakan yang aku paham apa aku tengah buat masa tengah memandu.. sebelum ni aku main taram je.. main pusing je stereng time buat parking.. masa buat bukit tu aku dah baca macam2 dah... alhamdulillah lepas.. dan kereta tak berasap... parking aku tak ingat sangat apa jadi.. sebab semua macam pantas je berlaku... sekali lagi alhamdulillah aku lepas... cuma on the road plak aku fail... aku terbehenti kereta kat double line masa nak tukar gear... kesalahan mandatori yang aku sendiri tak sangka aku akan buat... 

2 weeks after that (semalam 13/03/2012), i was trying for my fifth attempt... aku repeat on the road je..

“kalau kereta ni terberhenti… SAYA AKAN GAGALKAN AWAK!!!”

rasa nak nangis je bila kena tengking camtu masa tengah bawak kereta... dia ingat aku nak sangat ke fail? aku dah bosan kot fail2 ni.. walopun kisah ini mungkin menarik untuk dicerita kepada cucu cicit aku nanti but still i never wanted to fail... tapi bagus gak dia tengking aku sebab lepas tu aku terus buat betul2... dalam fikiran aku cuma satu je... 

"Ya Allah ya tuhanku tolonglah bagi JPJ ni luluskan aku...
aku janji aku akan rajin bawak mak aku pegi pasar lepas ni... "

dan kereta tu tak berhenti.. it just kept on moving dan encik JPJ tu senyap je sampailah dah abis dan aku dah sampai kat tempat aku start memandu... aku diam je tunggu dia tanda kertas pink tu... 

"kamu kena praktis lagi guna gear...nah sign kat sini.. 
tinggalkan pen kat situ.. saya nak pergi toilet jap"

encik JPJ tu kuar kereta dengan muka masam... seorang lelaki India tengah tunggu aku kuar kereta tu sebab giliran dia plak lepas tu... tapi aku masih dalam kereta perhatikan kertas pink tu sambil tersenyum....

3 comments:

  1. 5th time? wah...respek gile kt lu. :) azam kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep.. 5 kali baru lulus.. thanks.. macam mana pon kena lulus gak.. camana aku nak gi kelas and keje nanti.. hahaha~

      Delete
  2. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa, 5 kali?!!! zai skang tgh blajar kete lah.. sabtu depan dah penilaian and minggu2 depan plak dah test JPJ.. ><
    takuttttt ==" Doakan zai ye, kak kaydee!! haha :D

    tak brape suka kat traffic light, kene tarik handbrake (kan best tekan brek kaki je, haih).. time lampu dah hijau, masuk gear, turun handbrake (time tu kete blakang dah hon), tekan minyak (lepas clutch pelan2) bruumm, enjin mati plak ==" warghhhh T_T

    ReplyDelete