Thursday, December 20, 2012

Big Bad Buku


dah singgah Big Bad Wolf Book Sale kat Mines Convention Centre?

secara ringkasnya video ni menerangkan tentang

1. Perbezaan Biskut Amerika dengan Biskut British
2. Anak-anak Spider-Man suka dinding.
3. Persamaan antara buku dan manusia
4. Kopitiam jual chocolate milkshake tapi vanilla milkshake tak jual 

*penerangan No 4 buat aku kecewa*





Tuesday, December 4, 2012

Google Hangout on Air bersama Vloggers


3 jam tau video ni. kalau ada free time tengok lah. haha

rumah cendawan kitorang. haha.


percubaan melukis Hello Kitty. haha
cuba teka yang mana satu aku punya.

thanks Ikhmal Zikry for the photos. :D

Thursday, November 29, 2012

25 Soalan Random


biasanya aku yang jadi tukang soal.
kali ni aku suruh orang lain plak tolong soalkan
hasilnya?
first time aku rasa susah nak sebut perkataan 'Bury'
haha


Tuesday, November 20, 2012

Makan Mekap Manis




kalau taktau nak buat apa hujung minggu. plan la ramai-ramai kumpul rumah member sorang.
masing-masing bawak la external pastu tukar-tukar movie.

jimat duit.

Wednesday, November 14, 2012

Youtubers Di Shout! Movement


ahad lepas aku ikut Shazu, Niman, Mozek dan Nabil pergi Shout! Movement. kat situ ada beberapa Youtubers yang hadir meriahkan majlis. Sebelum ni aku cuma dapat tengok diorang kat youtube je. Check out video yang aku edit kat atas untuk vlog event tu. 

 Jinnyboytv
 Tasha Manshahar
 Nabil Ifwat
Maryam pon datang! hehe
 Dan Khoo!
Didil dan Shazu
 MentolPecah - The Ming Thing - Kyopropaganda - Jinnyboytv - Dan Khoo - Aman Wan - The WKND

Thursday, November 1, 2012

Malam Sinister


dah lama tak tengok movie seram. hah! amik ko! kan dah takleh tidur. terbayang macam-macam.

dah la cerita berkaitan rakaman video. 
aku bajet nak siapkan terus edit video ni lepas balik tengok movie tu tapi tak berani. 
aku tengok cerita korea kejap sejam baru boleh tidur. haha



to know more about Sinister click link kat bawah poster ni


Thursday, October 18, 2012

Childhood Memories



I think its interesting that everybody has their own stories to tell about growing up. Setiap kali aku borak-borak pasal zaman kanak kanak dengan kawan-kawan aku, mesti timbul macam satu perasaan seronok ni tau. Aku suka layan video2 tag yang youtubers luar negara selalu buat dan aku macam tertarik nak cuba buat Childhood Tag.

Check out video Childhood Tag yang aku buat sekali dengan Aidil, Mozek, Maryam dan Suraya.



Saturday, October 13, 2012

Haha!

today i went through some old folders in my external. and look what i found.


this is one of the reason i manage to not stress myself back in UIAM.

hahaha


Friday, October 5, 2012

Tuesday, October 2, 2012

Interviewing Me


Bila Aidil cakap nak interview aku untuk 1711 entertainment punya youtube channel, aku terus set minda aku untuk menolak pelawaan dia tu. Tapi aku pikir-pikir balik, kenapa aku nak tolak peluang untuk dapatkan pengalaman kena interview pasal vlogging? so I said yes. tapi dengan syarat Aidil kena join sekali masuk video baru aku, Childhood Tag sekali dengan Mozek, Suraya dan Maryam. and we did just that. 

check out how the interview went.


check out the blog entry about me here



overall it was a fun Sunday for me.
I did something new. 
We all became friends.
Shot a new Tag Video.
and the best part was we played Batting Cage. 



aidil-mozek-maryam-suraya-kaydee

aku sendiri tak tau mana arah tuju vlogging and video editing aku ni.
tapi selagi aku nampak semua as something yang positif,
aku insyallah akan terus edit video.



*thanks for the pictures Aidil Dbahri aka Didil *

Saturday, September 22, 2012

Bye Mael


Mael: "akak.. mail nak cakap sikit dengan akak ni.."
Kaydee: "apa bende?"
Mael: "meh la.. duduk.. nak cakap skit"
Kaydee: *duduk kat sofa dengan muka pelik*
Mael: "akak... ve log.. vlog... er.. vlogger ek?"

I never actually told my family that I can edit videos and currently active uploading them on youtube. Diorang just ingat aku suka merakam je. Sampailah adik aku Mael ni tertengok video Mentol Pecah - Nasi Ayam tu. terkejut dia nampak aku ada sekali dalam tu. pastu apa lagi dia stalk la video2 aku. Mula-mula dia bahan gak la.. suruh aku bayar saman la sebab guna footage dia tanpa izin... pastu setiap kali nampak aku on video camera dia akan... 

Mael: "haaa! nak vlog la tu.. wahaha"

tapi lama-lama...

Mael: "nanti Mael fly gi UK... akak rakam ek..hehe"



Wednesday, September 19, 2012

Lepak DMC 2012


kalau korang nak tau secara ringkasnya DMC ni ialah


Academic carnival organized by semester 6 students of 
Faculty of Communications and Media Studies UiTM Alor Gajah Melaka

(ayat atas aku copy paste daripada FB page diorang)


Jom aku tunjuk kat korang apa jadi kat Digital Media Carnival 2012. 


tiba-tiba rasa rindu pulak zaman jadi student degree
yang ada macam-macam assignment menarik macam ni. 

Tuesday, September 11, 2012

Permainan Takleh


tau tak pasal satu game ni... nama dia Taboo.. penerangan yang paling mudah aku boleh bagi pasal permainan Taboo ni ialah dia permainan teka perkataan... kalau nak tau lebih lanjut boleh klik kat link kat bawah ni...




baru-baru ni aku dan kawan-kawan aku buat potluck kat rumah Niman.. kitorang main game Taboo ni.. tapi Mozek dan Maryam buat kad tu sendiri sebab kitorang nak main dalam Bahasa Melayu.. dan Mozek namakan game ni 'Takleh"... sebab banyak benda takleh dalam game ni..

check out this video of us playing the game...

Potluck



















Monday, September 3, 2012

Main Mekap


kat youtube sekarang penuh je dengan video tajuk "THE BLINDFOLDED MAKEUP CHALLENGE". aku dan suraya tengok video2 tu dan rasa terpanggil plak nak try buat. so kitorang try buat. check out our video Main Mekap kat bawah ni.




Monday, August 27, 2012

Balik Kampung


aku sangat suka suasana kampung. aku suka sebab banyak pokok kelapa dengan sungai. aku suka tengok makcik2 nenek2 pakai baju kurung tapi pakai kain batik. selalu terbayang apa diorang buat dengan kain baju kurung tu kalau diorang tak pakai. aku suka tengok atuk2 bawak cucu2 diorang naik motor... dan paling best nasi lemak opah aku (kuar air mata terharu)... sedap sangat... kalau nak cerita pasal kampung aku ni. memang banyak cerita ni. tapi nak cepat and tak payah banyak membaca korang tengok video yang aku edit kat bawah ni. 


aku car sick masa dalam perjalanan pergi ke Ipoh. habis kereta adik aku Bahim penuh dengan muntah aku. hahaha.. sampai2 je Ipoh teruk aku kena bahan dengan ahli keluarga yang lain. diorang mati2 ingat Fatimah si adik bongsu yang muntah.. rupa2 aku si anak sulung yang muntah.. sebab tu takde video masa kat rumah atuk aku kat Ipoh. aku tak larat nak buat apa2.. tengok makanan je rasa loya..


Selamat Hari Raya!