Wednesday, December 28, 2011

Ejaan Kecemasan


aku taktau la mak orang lain tapi mak aku dia ada habit kalau depan kanak-kanak ke nak cakap benda menakutkan macam HANTU, LIPAN, atau kalau taknak kanak-kanak tu paham apa  yang nak disampaikan,(mesti umur yang belom tau membaca dan mengeja).. dia mesti akan eja benda tu...

it gets kinda annoying sometimes sebab perbualan akan jadi sangat lambat... and dia sometimes lupa yang anak2 dia ni semua dah boleh mengeja and membaca... biasanye dia buat ni sebab taknak fatimah paham... tapi fatimah dah darjah empat dah.. nak masuk darjah lima... dia masih lagi dengan habit dia tu... and i manage to capture that kind of moment masa adik-adik aku pegi memancing kat kampung raya lepas...

Sunday, December 25, 2011

the best distraction



i was looking for my old research (sebab malas nak research balik) and i found this in my external yang dah tak boleh nak tampung apa2 videos dah... penuh gila... aku kena beli external baru la... but that's not the point right now... i have a whole bunch of old random videos... yang family punya usah cakap ar... banyak gila.. nak delete memang sayang... and after watching video kat atas ni, aku macam terlalai plak... sejam lebih duk susun folder... i get distracted really easily... but that's also not the point right now... the real point is sambil aku setelkan hal-hal thesis ni, kalau aku bosan aku akan selang-selikan dengan edit video and I'm currently working on a video yang bajet macam nak tutup tirai 2011...


Saturday, December 24, 2011

Oo la love~



just found out about how cool this band is... lepas ni  mesti aku asyik sebut part "oh la love" tu je...

Tuesday, December 20, 2011

Comic Fiesta 2011




i had so much fun last Sunday... hari pertama comic fiesta this year (dengar cerita) dapat banyak kritikan tapi alhamdulillah masa hari kedua aku dengan member-member aku pegi, takde banyak masalah pon... i was shocked to see that we had to que sampai luar bangunan tapi line que tu gerak smooth je... check out the video i edited "Sejak Bila Mario Kawan dengan Darth Vader" (seriously.. sejak bila wei?)

Dah tengok? perasan tak Shazu cakap "kamtumi" tu? Munsyi pernah tweet kat Kak Arina.. and dalam tweet dia tu… dia cakap kat Kak Arina ayat lebih kurang macam come to me (kalau ada apa2 masalah)… yang comelnya pasal tweet tu.. dia eja… come to me… “kamtumi”… aku respond dengan cakap tu comel.. dia reply dengan bagi request aku letak “kamtumi” tu dalam next video aku… I know he might have been only joking but somehow I took it really seriously.. pecah otak gak la aku pikir camana nak buat kamtumi tu nampak spontan… I told Shazu about it and aku tak sangka dia boleh guna ayat tu dalam keadaan yang spontan… aku tak tau pon dia nak sebut tu time aku tengah rakam…

basically besides the picture with the person cosplayed as a video camera, that is definitely going to be listed in my best moment list.. 


* i really wanted to meet gameraiman tapi dia pegi hari sabtu... and i wanted to take a picture with fatin... tapi fatin busy gile dengan doll and 'boyfriend' baru dia... oh well, there's always next year*

Friday, December 16, 2011

Comic Fiesta (recap)



honestly, i am not a fan of comics... i don't read them.. i don't buy them.. i can draw (betul.. aku boleh melukis).. but that doesn't mean i like comics.. right? i just happened to have a bunch of friends who's into comics... but what i do really like.. and i enjoy doing it so much is recording events... aku dah lama tak merakam sebenarnya... so Ahad ni (18/12/2011) aku nak pegi Comic Fiesta dengan 3 orang member aku... dah dua tahun kitorang pegi event ni.. sebelom ni memang pakat pegi ramai-ramai.. tapi tahun ni tak boleh sebab ramai dah ada tanggungjawap lain... check out the recap vid i edited of the event in 2009 and 2010 (tu.. video kat atas tu)

check out the story behind Comic Fiesta 2009 here (ini tempat untuk klik)
Comic Fiesta 2010 takleh nak check it out... 
aku tak buat entry and tak edit video rasanya sebab time tu busy
eh jap!
boleh chek it out... kat blog jee... dia ada buat entry (ini tempat untuk klik)



Saturday, December 10, 2011

Friday, December 9, 2011

the first stage


abang dekat kaunter entrance library hulurkan tangan tanda nak check isi beg aku... somehow it made me feel like i was going to visit my brother in prison... tu pon kalau dia masuk penjara.. but we all know that's not gonna happen... unless dia terbunuh orang sebab biarkan stokin busuk dia merata-rata dan orang tu terjatuh sebab terpijak stokin busuk peluh tu...

kaydee: "bang, tak payah tu ke?"
abang kaunter: "tak payah apa?"

kalau kat UIA, nak masuk library kene lalu entrance yang kena swipe kad baru boleh masuk... tapi kat UKM ni aku tak nampak plak tempat nak swipe tu... to make things worst, at that exact moment, i didn't know how to explain my question.. sebab aku tak ingat ayat 'swipe kad'... so aku... well let's say i acted it out... aku keluarkan matrik kad dan aku lakonan sebijik depan abang tu gaya dan procedure kalo nak masuk library kat UIA...

abang kaunter: "oh tu... tak yah.. tak perlu... simpan kad kamu tu" *muka pelik*
kaydee: "okay..saya first time datang.. hehe"
abang kaunter: *angguk kepala dengan muka pelik dan hulurkan beg aku*

aku ucapkan terima kasih kepada abang tu tapi dalam hati aku berdoa bila aku dah selesai urusan aku kat library,  shift dia dah habis dan kami takkan bertemu lagi...but that wasn't really my problem... i didn't know where exactly to start looking for books... so i went to the nearest and largest counter to ask more questions...

pakcik kaunter: "ye cik?"
kaydee: "urmm.. saya baru first time datang sini... saya... errr.. tak tau nak buat apa dulu..."
pakcik kaunter: "oh.. cik jalan terus kedepan... ada kaunter.. ada  perempuan dekat situ... boleh tanya dia macam nak register dan hal-hal lain la..."

and i did just that... kakak kat kaunter tu sangat baik... sabar je layan aku... dia bagi aku borang untuk register... sambil aku isi borang aku tanya dia macam-macam...

kaydee: "kak.. kalau bukan student boleh masuk ke library ni?"
kakak kaunter: "kalo student U lain boleh je.. bawak je matrik kad.."
kaydee: "kalau bukan student? macam mak saya.. boleh tak?"

i wasn't trying to be funny or anything.. memang betul mak aku nak masuk... dia yang pesan suruh tanya...

kakak kaunter: "kalau dia kerja kerajaan boleh je..."
kaydee: "kalau dia suri rumah sepenuh masa?"
kakak kaunter: "hmm.. tak boleh... "*senyum sabar*
kaydee: "dah siap dah kak..." *bagi borang*
kakak kaunter : "okay.. adik naik tingkat 5.. dekat almari-almari tu ada tampal kategori buku...

kakak tu terangkan banyak lagi benda tapi aku tak berapa fokus.. dan balasannya? i had to spend a whole freaking 30 minutes to find the architecture and interior design section... sampai satu tahap aku rasa macam takda section tu dalam library tu... semua almari kat level 5 aku dah melawat takde satu pon tulis architecture atau interior design... rupa-rupanya ada column halang almari yang ada signboard fine arts...

after that i spend about an hour and half reading.. and jotting down notes... my supervisor gave me 6 months untuk siapkan literature review sahaja... bila first time aku dengar ni.. aku rasa macam wahhh banyaknya masa... kalo masa buat bachelor dulu, 6 bulan tu untuk siapkan satu thesis... tapi bila dia terangkan kat aku concept pyramid dia... aku terus cuak...

aku rasa sangat tenang study tanpa gangguan... kalau kat rumah mesti adik aku ketuk pintu mintak teman pegi toilet atau mak aku jerit suruh turun bawah kemas dapur, basuh pinggan... bila aku dah mula rasa malas nak membaca, aku stop dan terus balik rumah... at home, abah seems happy nampak aku balik dari library... sebelom aku masuk bilik aku...dia sempat pesan... 

 abah: "ingat ijah... student master takde cuti tau..."



* i miss editing videos*

Thursday, December 1, 2011

behind the story of Sleeping Macho




Back in 2009, time tu aku baru je nak abiskan second year aku kat UIAM, parents aku buat keputusan untuk transfer aku masuk UNIKL, dari dulu lagi sebenarnya diorang tak berapa setuju dengan course yang aku amik.. Abah nak aku tukar amik engineering... selama setahun aku kat main campus aku berjaya lagi pujuk diorang untuk kekalkan aku kat UIA, tapi by second year diorang paksa jugak aku tukar and back then i thought i had no choice...

after telling my studiomates about the news, diorang terkejut gak la.. sebab macam tiba-tiba... tapi bukan tiba-tiba sebenarnya, aku yang tak cerita kat orang... sebagai kenangan terakhir aku kat UIA, Shazu, Kak Az, Afri dan aku buat keputusan untuk buat sketsa spontan yang amik masa tak silap aku seharian merakam... sampai subuh keesokkan harinya kitorang lepak and shooting kat KAED...

nak pendekkan cite... obviously turns out aku tak jadi pon pegi UNIKL... berjaya gak lah pujuk Abah aku biar aku habiskan lagi 2 tahun kat UIA...keadaan ni bagi aku mula-mula sangat awkward... sebab yela dah touching2 dah nangis2 sebab nak tinggalkan uia... tiba-tiba aku ada balik next sem...

kenapa sekarang baru siap edit dan publish? well sebab utama dia, kitorang tangguh2 keje.. mula-mula Shazu try edit tapi dia tak habiskan... dan aku pulak nak buat video bloopers.. tapi aku pon tak habiskan... dalam masa yang sama kitorang segan... diorang segan tunjuk lakonan diorang... aku pulak segan nak rakam suara... but finally after two years.. aku berjaya gak abiskan edit video ni...

 bajet KAED tu castle~ surprisingly it does seem like a castle from this angle...

 Kak Az sebagai Puteri Sunyi

 Shazu sebagai Si Macho

 Afri sebagai Ahli Sihir Jahat

 Kaydee sebagai Pencerita

 kak az : "bau apa ni?"

 Afri : "ko ikot je bende ni... kd! rakam belakang sikit"

TRIVIA-extra Sleeping Macho:
1. we did this time dah abis exam dan dah abis presentation final... saja balik rumah lewat...
2. senjata yang Ahli Sihir Jahat guna tu sebenarnya tali handbag Kak Az, dah tercabut kitorg guna je la..
3. masa puteri tengah tengok kat luar tu, mana ada angin, Afri duduk belakang Kak Az gerakkan kain tu...nak nampak macam superman...

we had so much fun shooting this... aku harap orang lain tengok pon akan terhibur jugak...