Saturday, July 30, 2011

sooner or later



 

what i want for raya


i have the attention span of a 5 year old.. aku sepatotnya siapkan something yang DIY like a month ago for this friend of mine (not sure dia nak jadi lagi ke tak kawan aku sebab aku dah buat dia tunggu lama gila... LAMA GILA)... tapi tak siap2 sebab aku asyik melencong buat benda lain... dalam hal ni... aku salahkan internet yang laju... dan cuti yang lama... dan mak yang tak abis2 panggil aku suruh tolong masak...

aku sepatotnya menulis dan melukis... tapi aku youtubis dan googlis...


*bunyi cengkerik*


anyways... aku rasa mesti semua orang penah makan takotao kat jusco kan? kalo tak penah.. aku nak quote ayat kawan aku Sapek.. "hilang separuh nikmat dunia".... 

tapi aku rasa nikmat dunia aku dah habis sebab...

Kaydee: "aku tak minum air gas"
Sapek: "hilang separuh nikmat dunia"

Kaydee: "aku tak makan telur kuning"
Sapek: "hilang separuh nikmat dunia"

anyways (again)... time aku duk cari2 resepi2 best yang berkhasiat kat youtube... i stumbled upon this... and aku teruja gila tengok... nak belaja buat... serius nak belaja... ingredients dia boleh je tukar2... kita melayukan la dia skit2... instead of letak octopus kita letak sambal belacan ke...



and then.. i found this... ada automatik nye mesin nak masak benda alah ni rupanya... aku tak tau la kalo semua orang dah tau... aku sorang je jakun tak tau... tapi serius aku teruja gila tengok... it's like... it's alive!




nota buat mak saya yang cantik lagi menawan dan muda jelita: 
tahun ni kalo satu family takyah baju raya boleh tak?
let's buy this instead!




Selamat Berpuasa dan menyambut Ramadhan!



Sunday, July 24, 2011

I miss them


sapa nak tolong aku sapu sampah... sila beratur kat belakang aku~


lepas tengok movie terakhir Harry Potter... aku pikir satu benda je dalam kepala... eh tak... dua benda...

1. nak cari balik buku2 yang aku beli dulu, nak baca balik
2. marathon tengok movie dari first sampai last... 




 
macam tak percaya je dah abis kisah diorang ni... daripada saat ceria diorang masuk Hogwarts (seronok kembali ke sekolah) sampailah ke saat sekolah tu hampir musnah (pelajar sume merana terperangkap dalam penjara)... 

I miss them already~

Tuesday, July 19, 2011

Malam Semalam


a few weeks ago.. aku, Suraya dan Epud saje suka2 rakam untuk satu contest ni... Perodua Lagi Best! kalo menang dapat rm10000 (boleh bayangkan tak bape banyak botol Ribena boleh beli?)

but we don't really expect to win (baru je lepas rasa rendah diri tengok video2 rakyat malaysia yang lain hantar video yang best2)... walopon jalan cerita kitorang ni biasa je... but we had fun doing it... check out Malam Semalam... and how we made it~





picture by: Suraya's Camera check out her blog (dia baru buat)

Sunday, July 17, 2011

the rocking chair


aku tak tau la kalau dekat rumah orang lain... tapi kat rumah aku... mesti ada macam hot spot laa... macam kat meja makan... ada favourite kerusi untuk duduk... kat ruang tamu ada sofa spesifik aku akan duduk baca surat khabar... kalo dah ada orang duduk kat situ mesti aku suruh bangun... atau pon aku tunggu sofa tu available baru aku duduk... 

dekat ruang family.. tempat kitorang tengok tv... ada satu rocking chair ni... ni memang the hottest spot ever... (bukan panas.. jangan risau ada kipas).. sesape pon yang tengok tv kat situ... mesti nak kerusi tu jugak nak duduk... sebabnya?

1. sangat best perasaan yang dialami bila duduk kat situ.
2. takde tempat duduk lain dah... nanti kena duduk atas lantai... tak pon basikal alat excercise mak aku..

i don't usually watch tv... tapi sebab dah bosan sangat... aku sanggup turun bawah nak tengok apa ada kat tv... dari atas aku boleh dengar Spongebob cakap2 dengan Patrick... 

ala... kerusi tu dah ada orang amik... adik aku Fatimah tengah seronok makan buah oren... gelak-gelak tengok Spongebob dan Patrick terkunci dalam toy store... aku baru je nak duduk kat lantai... bila Yusof datang goyang2 kerusi yang Fatimah duduk...

Yusof: "eh bangun2!!! bagi abang duduk..."
Fatimah: "alaaa... Mah dapat dulu dah!"
Yusof: "bangun! Mah duduk bawah..."

nak tak nak.. Fatimah terpaksa bangun... sebagai tanda hormat... tapi baru je 5 minit Yusof duduk... Mael datang sepuk kepala Yusof... 

Mael: "weii! blah! bagi Mael duduk.."
Yusof: "Aargghhh... baru je duduk..."
Mael: "bangunlaaa... "

walopon muka Yusof masam... tapi dia tetap bangun... mungkin sebab Mael jauh lagi tinggi dan tua dari dia... hmmmm... interesting... aku mula buat plan nak rampas kerusi tu jugak... tapi sebelom tu... aku kena pastikan Bahim kat mana... aku bangun dan bila sampai kat bilik Bahim, aku sangat lega sebab dia tengah tido... dan aku kembali ke tempat tengok tv...

Kaydee: "Mael... bangun boleh tak? akak nak duduk..."
Mael: *toleh pandang aku... dan tanpa cakap apa2... terus bangun*

AAAAAAHHH... the chair is MINE! ALL MINE!!!! finally... akhirnya berbaloi jugak aku jadi anak sulung...tapi perasaan teruja aku berhenti bila ada orang pegang bahu aku...

Abah: 'bangun.. abah nak duduk... korang sume pegi masuk bilik... baca buku.."

aku dah adik-adik aku bangun pasrah tengok abah aku dapat The Rocking Chair dan tukar channel ke the Asian Food Channel.

Tuesday, July 12, 2011

Superstitious



Everything was dark and gloomy.. so aku berdiri je… tak tau nak buat apa.. tiba-tiba aku nampak cahaya… aku jalan kearah cahaya tu… makin lama cahaya tu makin hilang… and aku nampak ada tombol pintu kat depan aku… aku bukak pintu tu… pastu aku nampak meja sekolah aku dulu… tempat duduk aku masa form 5… dan ada baby duduk atas meja tu… yes baby as in bayi… bukan kekasih hati… tapi yang peliknya… baby ni pakai topeng… topeng ala2 kumpulan slipknot… tapi tak berduri… baby tu angkat dua tangan dia… macam nak aku dukung dia… aku terus dekat dan time aku hampir nak sentuh tangan dia… aku dengar ringtone handphone aku… dan aku nampak ceiling bilik aku…

Niman: “ko pelik! KO PELIK!”

Tu je reaksi Niman bila aku cerita kat dia pasal mimpi aku masa Epud pegi beli makanan… aku tertido lepas tolong mak aku masak tengah hari tu… phone call Niman yang kejutkan aku… mungkin sebab aku tak reply mesej dia ajak lepak… it was already 4pm tapi Epud baru nak lunch… aku dengan Niman dah lunch kat rumah dah…so kitorang teman Epud makan je... sambil tu borak2 update pasal diri masing2...

after Epud finished his lunch, kitorang terus keluar dari Alamanda...and decided to go eat ice cream and jalan2 kat Taman Tasik Cempaka... cadangnya macam tu la.. tapi last2 kitorang park kereta and makan dalam kereta je... aku bleh nampak orang tengah main layang-layang... budak2 main bola... and beberapa couple tengah well jadi couple... Niman cerita pasal pengalaman dia dapat job buat video untuk Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah...

Niman: "masa aku jumpa dia... first dia cakap kat aku... "bak sini tangan kamu...""
Epud: "dia nak baca ke apa?"
Kaydee: "dia cakap apa?"
Niman: "dia cakap "oh! kamu ni... garang tapi kuat nangis ek?""

Epud & Kaydee: "HAHAHAHAHA!"



Epud was laughing cause it was true... aku plak gelak sebab beliau bukan nak borak2 dulu ke apa... tapi nak tengok tangan Niman dulu... lepas tu kitorang terus rancak borak pasal baca2 tangan ni... Epud dulu penah kene romantik and nakal bila orang baca tangan dia... tiga-tiga tunjuk tapak tangan... and cite pengalaman masing2 bila orang bacakan tapak tangan tu... macam kalo jari ni lagi panjang dari jari tu... maksud dia apa... macam2 laa... lepas tu masuk pasal jin... syaitan... i have no idea how eating ice cream can lead you to this kind of conversation...

tapi perbualan kitorang terhenti kejap bila Niman and Epud stop cakap sebab tengah usha awek mana entah tengah jalan2... i hate when they do that... buat aku rasa tak selesa... sama gak macam kat Alamanda sebelum tu... mula2 kitorg jalan sama2... tiba2 je diorang hilang and aku jalan dulu kedepan... bila aku cari mana diorg... diorg tengah jalan belakang pompuan seksi ni... ciss... patotlah lambat... 

Epud: "alaa... macam la ko takde bende yang ko tengok kat lelaki... mesti adanye..."
Kaydee: "aku tengok... bahu..."
Epud: "aku tengok semua..~~~ hehe"
Niman: "HAHAHAHA"
Kaydee: "tapi takde la tengok bahu sangat... mula2 aku mesti tengok mata dia.."
Epud: "kenapa tengok mata?"
Kaydee: "sebab dari mata tu la bleh tau perangai tu camana.."

aku dah mula rimas diorang asyik usik2 aku pasal hal ni... 

Epud: "yeke? cube tengok mata aku? perangai aku macam mana?"
Kaydee: "Ko Nakal!"
Niman: "aku? aku? aku?"
Kaydee: "ko? Garang tapi Kuat Nangis!"


Epud & Niman: "HAHAHAHAHHA!"
Niman: "hahaha... gurau kasar ek kd... hahaha"




lepas dah abiskan ice cream... Niman drive aku ngan Epud balik... but even after that long talk with them... aku still takleh lupe mimpi aku... biar je lah... mimpi ni kan mainan tido...


Friday, July 8, 2011

officially funemploy

i like to consider myself funemploy right now... sementara tunggu nak sambung master and convo... aku banyak spend time dengan family... jadi bibik yang patuh... tolong fatimah (terpaksa) buat keje2 sekolah dia... and aku sedar aku dah lama tak letak video kat blog ni... now that I'm free, I'll finally be able to edit more videos and explore lebih banyak teknik2 editing... dan mungkin dalam masa terdekat ni aku akan tolong member2 aku rakam untuk short videos diorang... 


 my work station... (pedulikan langsir busuk tu.. harap2 raya nanti kitorang akan tukar)
 

so check out AAD Fourth Batch - BBQ Party... this is only a teaser (panjang betul teaser aku)... kitorg buat BBQ masa malam kedua Degree Show...


Sometimes I think my studiomates aren't really normal people... this is how it went a day before our Degree Show...


the full Degree Show Video? coming soon.. (aku sekarang ketagih taip coming soon)


Wednesday, July 6, 2011

coming soon

kegelapan bulan



i find it hard for me to catch a movie for the last few months... the main reason is sebelom ni cuti sekolah and families memang penuh kat pawagam... especially alamanda... pawagam alamanda jadi milik kanak-kanak masa tayangan Kungfu Panda 2.. which is so not fair... sebab diorang muda lagi.. diorang ada banyak lagi masa nak tengok movie once diorg masuk alam remaja... and one time aku dengan suraya gi KLCC sebab nak tengok Karak, beria2 cari hujung barisan que... turns out hujung que tu kat luar pawagam tu.. dah halang org nak naik escalator dah.. don't you people have TV or other hobbies?

setelah menempuh banyak betul dugaan nak buat benda-benda lagha ni... akhirnye aku bekesempatan tengok Transformers: Dark of the Moon.. aku pegi tengok dengan Syaf and Dean.. Dean sebelom balik Terengganu, duduk jap kat rumah makcik dia kat Putrajaya and we decided to hang out.. sebab lepas ni susah kot nak jumpa... masing2 bawak haluan masing2... time convo pon belom tentu sempat jumpe...

the movie was okay... non stop action sampai aku pening kepala tengok autobots and decepticons lawan2... cuma awal2 cite tu aku asyik tergelak sebab Sam Witwicky asyik ulang cakap "I saved the world twice" and "Obama gave me a medal"... i mean come on.. we get it.. there's two movies before which means you save the world twice... and this is the third movie which makes it the third time you save the world... WE GET IT!

but overall fans of the transformer movies (macam aku ni) memang kena tengok... tapi aku rasa cukup la takat 3 je movie... tak payah tambah-tambah dah... nanti makin banyak Autobots yang baik-baik mati...