Tuesday, August 9, 2011

the post office mayhem


suraya: "kalo pegi pos ofis time bulan posa tak ramai orang ke?"
kaydee:" kenapa plak nak ramai?"
suraya: "yela... bulan puasa bukannya boleh makan..."
kaydee: "kalo diorg takleh makan diorang sume serbu pos ofis laa? kenapa plak? hahaha~"
suraya: " mana tauuuu... ahhahahaa... sejuk sebab aircond ke...hahaha~"

suraya, time dia break dari kerja sambilan dia kat celcom, dia teman aku jap gi pos ofis... hadiah hari jadi kawan aku tu dah sebulan lebih aku lambat hantar... since we can't really meet up, i decided to just post it... and when we got there... betul cakap suraya.. memang ramai orang bangi pegi pos ofis hari ni... tapi aku rasa bukan sebab diorang nak aircond... aku yakin mereka kat situ adalah untuk setelkan urusan masing-masing...

aku jadi blur jap masuk pos ofis... tak tau nak buat apa dulu... suraya amikkan nombor giliran.. hmm.. 1290.. lambat lagi... dan kitorang terus  pegi kaunter nak tanya...

suraya: "kak kalo bungkusan macam ni nak poskan macam mana?"
akak kaunter: "oh tu? apa dalam tu?"

boleh ke dia tanya apa dalam bungkusan ni? tak langgar privasi dan hak pengirim ke?

kaydee: "err... buku.. saya nak pos laju boleh tak kak? nak hantar arini jugak.."
akak kaunter:" pos laju dah takleh dah arini... esok baru sampai... "

sebenarnya masa awal2 masuk tadi ni aku dah tak keruan... semua orang punya pakej memang la lain2 size... tapi sume balut pakai kertas warna coklat... aku jadi tak sedap hati tengok pakej aku yang aku dah balut dengan pembalut hadiah yang warna warni...


sebut je nak warna apa... semua warna ada~


aku terus segan nak hantar macam tu je... aku taknak la pakej aku ni kena bahan dengan posmen masa dia tengah lakukan tugas... so aku ngan suraya pegi kedai yang dekat nak cari kertas warna coklat... tapi bila sampai kat kedai tu... lain plak yang jadi...

kaydee: "bang.. ada tak kertas warna coklat.. nak balut parsel.. nak hantar surat?
abang kedai: "coklat? coklat?.. adaaaa~"

aku ngan suraya ikot abang tu... tapi kitorang pelik gila... dia gi bawak ke bahagian barang2 dapur untuk buat cake... ada tepung... ada susu pekat... pastu dia tunjuk kat bekas kecik yang ada serbuk warna coklat... aku serius tak paham apa yang abang ni nak sampaikan... aku baru nak terangkan kat dia apa sebenarnya yang aku nak tapi aku ternampak kertas2 coklat shelf sebelah... 

kaydee: "takpelah bang... dah jumpa dah..tuu haaa.."
abang kedai: "aiyooo... cakap la nak kertas"

kaydee: "kita ada cakap nak buat cake ke kat dia tadi.. kita cakap kertas kan?" *bisik2*
suraya: "hahahahaa... abang tu pelik... hahahahaa~"

aku main amik je ketas tu and satu sellotape.. lepas bayar kitorang bergegas masuk dalam kereta untuk cepat-cepat balut sebelom nombor giliran kitorang kena panggil...  masalahnya plak... 

1. kertas tu besar gila... sangat besar.. penuh kereta suraya...abis tenggelam kitorang dalam kertas coklat tu...
2. sellotape macam taknak lekat and takleh koyak guna tangan...
3. takde gunting dalam kereta suraya.

suraya: "kd cepat laaa... nanti nombor kena panggil... orang dah la ramai.."
kaydee: "tengah nak cepat la ni... ketas ni besar sangat... nanti dia tebal la kalo balut pakai sume ni... kena potong.."
suraya: "awak gi amik nombor lain... biar kita yang potong.."

aku cepat2 amik nombor baru and bila aku masuk balik kereta, aku kagum gila tengok suraya potong pakai tangan je... memang koyak rabak ar... kenapalah ditakdirkan aku silap beli sellotape... merana jap jari-jari aku tarik satu2 sellotape tu...

apalah yang huduh sangat niiii?


lepas kitorang dah yakin dengan balutan tu... kitorang masuk balik dalam pos office... nasib baik tak lepas lagi nombor kitorang..

kaydee: "kak... nak pinjam gunting boleh?"
kakak kesunyian: "haa? gunting? err... boleh2..."

aku ngan suraya sedaya upaya touch up hasil keje buruk kitorang... ntah bape banyak selotape ntah kitorang gune... dah macam balut mummy... taktau la macam mana kawan aku tu nak bukak nanti...

"1286 counter 1"

aku dah mula cemas... cepat la siap... cepat la siap...

"1288 counter 2"

aku dah bepeluh2.. rasa macam tengah dalam The Amazing Race... 

"1290 counter 2"

and done! ooooooo... lega gilaa... dapat setelkan akhirnya... as we were about to go home... aku tiba teringat pesan mak aku... suruh aku belikan stamp untuk fatimah hantar kad raya kat kawan2 dia... aku pegi kat akak yang kesunyian yang baik hati bagi aku pinjam gunting sebelom ni...

kaydee: "kak... nak beli stamp... kalo untuk hantar kad raya agak2 kene beli yang harga brape?"
kakak kesunyian: "sini kaunter RHB laaa... mana ada stamp... nak beli stamp kt kaunter2 sana tu..."




4 comments:

  1. hahaha, dari warna warni, terus jadi horror bungkusan tu! hahaha, btw, thanx wehh! teruja aku sampai x leh tido! hehe

    ReplyDelete
  2. apsal ko teruja? hadiah untuk kawan aku tapi ko plak yang teruja ek? hahaha~

    aku betul2 harap kawan aku tu mampu bukak bungkusan tu... hahahaa~ serius dia kena berusaha skit... :P

    ReplyDelete
  3. tiap kali trigt mse kat pos ofis tu mst tgelak :p
    kurang pahala puasa hehe

    ReplyDelete
  4. kita tak tahan yang kat dalam kereta ar... macam boleh lemas dalam kertas coklat yang bapak besar tuuu...

    let's do it again! :P

    ReplyDelete