Friday, August 12, 2011

the I.Q test


kat dapur rumah aku, mak aku tampal satu whiteboard ni... tempat dia nak tulis2 doa sebelom selepas makan untuk fatimah baca... tempat dia nak tulis resepi... and tempat kitorang adik-beradik conteng-conteng... saja kalau tangan gatal2.. sebab tak boleh conteng dinding~

there was this one time, a few months ago... bila aku, Bahim, dan Mail tengah lunch sama2... Bahim bangun and amik marker and started to draw dots..

Bahim: "Bahim bagi teka teki.. korang kene teka tau!"

sebenarnya bila Bahim cakap camtu... kitorang takleh nak elak... nak tak nak terpaksa gak dengar teka teki dia... and personally, i think teka teki dah jadi tak best la kalo kena paksa teka...

Bahim:  "bahim nak test I.Q korang tinggi ke tak... tapi akak tak payah la.. mesti akak tak dapat jawap..."

aku tahan je geram aku dengar adik-adik aku Bahim and Mail gelakkan aku... ever since ada doktor kawan ayah aku ni cakap I.Q aku lagi rendah dari adik-adik aku... they never stop making fun of me... for once aku nak jugak jadi pandai...
Bahim: "okay... korang kena connect all the dots... tapi kena 4 line je.. haaa! macam mana?"
Mail: "eh ni... ni... ni senang je ni... tutup mata pon Mail boleh buat.."


and surprisingly he couldn't solve it... even with his eyes open...

Bahim: "dah2... akak plak try... clue dia... is you have to think outside of the box"

aku amik marker dari Bahim.. dan aku lukis satu garis....
Bahim: "salahhh!!! meh bahim tunjuk..."
Kakak: "akak baru lukis satu garis... biarlah akak habiskan..."
Bahim: "okay2... abiskan... pastu bagitau bila akak give up.. hahaha~"

no matter how many times i tried... i couldn't connect the dots.. last-last aku mengaku kalah je...


Bahim: "kan bahim dah cakap.. the clue is you have to think out side the box...untuk buat 4 line tu... ni haaa... jawapan dia.."

Mail: "ohhhh!"
Kaydee: "NTAH PAPE GILEEE!"
Bahim: "apsal pulak... betul la..."

aku serius tak puas hati dengan jawapan dia... the clue was to think outside the box... there's NO box! dia cuma lukis luar kawasan bintik tu je...patotnye clue dia think outside the dots!

Kaydee: "mana ada kotak! bintik-bintik banyak laah!"
Bahim: "adoiii... akakkk..."

untuk beberapa minit aku dengan Bahim argue pasal jawapan yang dia bagi.. Mail plak dah mula conteng benda tak berkait kat whiteboard tu...


Usop: "korang buat apa?"

aku, Bahim dan Mail pandang Usop yang baru masuk dapur nak hantar cawan dia... kitorang pandang dia macam dia sepinggan spaghetti yang sangat sedap...

Bahim: "Bahim nak bagi teka teki kat Usop... clue dia... you have to think outside of the box.. hehee~"



No comments:

Post a Comment