Monday, August 29, 2011

ikan rakus


don't ask... I have no idea why I'm posting this malam raya...

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

hati-hati di jalan raya... mana la tau kot2 kat seat belakang tu ada penumpang ke... 

kidding! hahaa~

*sambil packing beg untuk balik kampung*

Tuesday, August 23, 2011

the greeting cards


AAD Fourth Batch- Iftar 2011



sejak kena jadi bibik kat rumah.. aku dah lama tak edit video... so heres a little something something.. a simple video i edited... check out what we did at Sunway Pyramid! 



walaupon belum lagi hari raya... tapi aku nak wish jugak la...
Selamat Hari Raya!


*picture taken from pagad*

Thursday, August 18, 2011

the haunted house - part 1


i personally love haunted houses... kalau ada je rumah hantu mesti aku nak masuk... tapi setiap kali aku masuk rumah hantu mesti ada je yang tak kena... back when i was in form 1, sekolah adik aku buat hari kantin... adik aku ada beli tiket lebih so aku, Suraya, Fatin and a few others decided to just hang out kat sekolah lama kitorang (alaa... sekolah rendah sebelah sekolah menengah je)... and diorang buat rumah hantu ni... combining 3 classes... dalam kepala aku dah kagum gila... sanggup budak2 kecik tu jadi hantu dalam rumah hantu ni... tapi bila sampai kat situ baru aku tau yang ada gak budak2 dari sekolah menengah yang jadi hantu...

disebabkan ni rumah hantu untuk budak sekolah rendah... kena ada sorang abang ni yang akan tunjuk jalan.. bila turn group kitorang masuk... takde sape pon yang nak duduk depan... and my friends keep pushing me to go first... kira nye aku org paling depan la... apa2 bahaya yang bakal terjadi aku akan tanggung dulu... (and you call yourself my friends?)... aku tak expect langsung akan gelap gila dalam tu.... so aku jalan macam orang baru jadi buta...

abang guide: "okay.. jalan lagi... kiri.... kanan..."

the guy yang jadi guide pon aku tak nampak... aku just ikot suara dia je.. belakang aku penuh dengan orang jerit2... jeritan diorang tu kuat sangat sampai aku tak dengar arahan yang abang tu bagi... aku terlalu fokus kat suara abang tu sampai aku tak hiraukan hantu2 yang ada dalam tu... sampai satu jalan ni... abang guide tu akan tinggalkan kitorang so pandai2 la cari jalan kuar tapi tiba2 ada sorang ni jerit kuat gila sampai aku tak dengar arahan last abang tu yang suruh ikot jalan mana... so aku behenti... bila aku behenti, group aku behenti sekali... bila behenti memang lagi menjerit la orang2 yang kat belakang aku...

it was so dark and i had no idea where to go... orang yang jadi guide tu pon dah pegi tinggalkan kitorang... aku rasa macam aku nampak laluan terowong... so aku pon duduk ar nak merangkak... sampai je terowong tu... aku takleh masuk sebab tu bukannya terowong.. it was a drawing of a white circle on the class wall... memang aku dah cuak gila ar time ni... nak bangun pon dah ketar-ketar... tiba2 ada tangan ni tarik aku sampai aku bangun... tolak aku pelahan2 ke arah jalan track yang betul and the group was finally out of the confusing haunted house...


aku tak tau sapa yang baik hati sangat tarik dan tunjuk aku jalan yang betul...tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti aku jumpa dia... aku nak ucapkan terima kasih sebab halang aku daripada merangkak sampai pintu exit rumah hantu tu....

Friday, August 12, 2011

the I.Q test


kat dapur rumah aku, mak aku tampal satu whiteboard ni... tempat dia nak tulis2 doa sebelom selepas makan untuk fatimah baca... tempat dia nak tulis resepi... and tempat kitorang adik-beradik conteng-conteng... saja kalau tangan gatal2.. sebab tak boleh conteng dinding~

there was this one time, a few months ago... bila aku, Bahim, dan Mail tengah lunch sama2... Bahim bangun and amik marker and started to draw dots..

Bahim: "Bahim bagi teka teki.. korang kene teka tau!"

sebenarnya bila Bahim cakap camtu... kitorang takleh nak elak... nak tak nak terpaksa gak dengar teka teki dia... and personally, i think teka teki dah jadi tak best la kalo kena paksa teka...

Bahim:  "bahim nak test I.Q korang tinggi ke tak... tapi akak tak payah la.. mesti akak tak dapat jawap..."

aku tahan je geram aku dengar adik-adik aku Bahim and Mail gelakkan aku... ever since ada doktor kawan ayah aku ni cakap I.Q aku lagi rendah dari adik-adik aku... they never stop making fun of me... for once aku nak jugak jadi pandai...
Bahim: "okay... korang kena connect all the dots... tapi kena 4 line je.. haaa! macam mana?"
Mail: "eh ni... ni... ni senang je ni... tutup mata pon Mail boleh buat.."


and surprisingly he couldn't solve it... even with his eyes open...

Bahim: "dah2... akak plak try... clue dia... is you have to think outside of the box"

aku amik marker dari Bahim.. dan aku lukis satu garis....
Bahim: "salahhh!!! meh bahim tunjuk..."
Kakak: "akak baru lukis satu garis... biarlah akak habiskan..."
Bahim: "okay2... abiskan... pastu bagitau bila akak give up.. hahaha~"

no matter how many times i tried... i couldn't connect the dots.. last-last aku mengaku kalah je...


Bahim: "kan bahim dah cakap.. the clue is you have to think out side the box...untuk buat 4 line tu... ni haaa... jawapan dia.."

Mail: "ohhhh!"
Kaydee: "NTAH PAPE GILEEE!"
Bahim: "apsal pulak... betul la..."

aku serius tak puas hati dengan jawapan dia... the clue was to think outside the box... there's NO box! dia cuma lukis luar kawasan bintik tu je...patotnye clue dia think outside the dots!

Kaydee: "mana ada kotak! bintik-bintik banyak laah!"
Bahim: "adoiii... akakkk..."

untuk beberapa minit aku dengan Bahim argue pasal jawapan yang dia bagi.. Mail plak dah mula conteng benda tak berkait kat whiteboard tu...


Usop: "korang buat apa?"

aku, Bahim dan Mail pandang Usop yang baru masuk dapur nak hantar cawan dia... kitorang pandang dia macam dia sepinggan spaghetti yang sangat sedap...

Bahim: "Bahim nak bagi teka teki kat Usop... clue dia... you have to think outside of the box.. hehee~"



Tuesday, August 9, 2011

i can't draw.

ramadhan 2011 (#1)


"i love the small talks that we have during sahur and breaking fast..."


the post office mayhem


suraya: "kalo pegi pos ofis time bulan posa tak ramai orang ke?"
kaydee:" kenapa plak nak ramai?"
suraya: "yela... bulan puasa bukannya boleh makan..."
kaydee: "kalo diorg takleh makan diorang sume serbu pos ofis laa? kenapa plak? hahaha~"
suraya: " mana tauuuu... ahhahahaa... sejuk sebab aircond ke...hahaha~"

suraya, time dia break dari kerja sambilan dia kat celcom, dia teman aku jap gi pos ofis... hadiah hari jadi kawan aku tu dah sebulan lebih aku lambat hantar... since we can't really meet up, i decided to just post it... and when we got there... betul cakap suraya.. memang ramai orang bangi pegi pos ofis hari ni... tapi aku rasa bukan sebab diorang nak aircond... aku yakin mereka kat situ adalah untuk setelkan urusan masing-masing...

aku jadi blur jap masuk pos ofis... tak tau nak buat apa dulu... suraya amikkan nombor giliran.. hmm.. 1290.. lambat lagi... dan kitorang terus  pegi kaunter nak tanya...

suraya: "kak kalo bungkusan macam ni nak poskan macam mana?"
akak kaunter: "oh tu? apa dalam tu?"

boleh ke dia tanya apa dalam bungkusan ni? tak langgar privasi dan hak pengirim ke?

kaydee: "err... buku.. saya nak pos laju boleh tak kak? nak hantar arini jugak.."
akak kaunter:" pos laju dah takleh dah arini... esok baru sampai... "

sebenarnya masa awal2 masuk tadi ni aku dah tak keruan... semua orang punya pakej memang la lain2 size... tapi sume balut pakai kertas warna coklat... aku jadi tak sedap hati tengok pakej aku yang aku dah balut dengan pembalut hadiah yang warna warni...


sebut je nak warna apa... semua warna ada~


aku terus segan nak hantar macam tu je... aku taknak la pakej aku ni kena bahan dengan posmen masa dia tengah lakukan tugas... so aku ngan suraya pegi kedai yang dekat nak cari kertas warna coklat... tapi bila sampai kat kedai tu... lain plak yang jadi...

kaydee: "bang.. ada tak kertas warna coklat.. nak balut parsel.. nak hantar surat?
abang kedai: "coklat? coklat?.. adaaaa~"

aku ngan suraya ikot abang tu... tapi kitorang pelik gila... dia gi bawak ke bahagian barang2 dapur untuk buat cake... ada tepung... ada susu pekat... pastu dia tunjuk kat bekas kecik yang ada serbuk warna coklat... aku serius tak paham apa yang abang ni nak sampaikan... aku baru nak terangkan kat dia apa sebenarnya yang aku nak tapi aku ternampak kertas2 coklat shelf sebelah... 

kaydee: "takpelah bang... dah jumpa dah..tuu haaa.."
abang kedai: "aiyooo... cakap la nak kertas"

kaydee: "kita ada cakap nak buat cake ke kat dia tadi.. kita cakap kertas kan?" *bisik2*
suraya: "hahahahaa... abang tu pelik... hahahahaa~"

aku main amik je ketas tu and satu sellotape.. lepas bayar kitorang bergegas masuk dalam kereta untuk cepat-cepat balut sebelom nombor giliran kitorang kena panggil...  masalahnya plak... 

1. kertas tu besar gila... sangat besar.. penuh kereta suraya...abis tenggelam kitorang dalam kertas coklat tu...
2. sellotape macam taknak lekat and takleh koyak guna tangan...
3. takde gunting dalam kereta suraya.

suraya: "kd cepat laaa... nanti nombor kena panggil... orang dah la ramai.."
kaydee: "tengah nak cepat la ni... ketas ni besar sangat... nanti dia tebal la kalo balut pakai sume ni... kena potong.."
suraya: "awak gi amik nombor lain... biar kita yang potong.."

aku cepat2 amik nombor baru and bila aku masuk balik kereta, aku kagum gila tengok suraya potong pakai tangan je... memang koyak rabak ar... kenapalah ditakdirkan aku silap beli sellotape... merana jap jari-jari aku tarik satu2 sellotape tu...

apalah yang huduh sangat niiii?


lepas kitorang dah yakin dengan balutan tu... kitorang masuk balik dalam pos office... nasib baik tak lepas lagi nombor kitorang..

kaydee: "kak... nak pinjam gunting boleh?"
kakak kesunyian: "haa? gunting? err... boleh2..."

aku ngan suraya sedaya upaya touch up hasil keje buruk kitorang... ntah bape banyak selotape ntah kitorang gune... dah macam balut mummy... taktau la macam mana kawan aku tu nak bukak nanti...

"1286 counter 1"

aku dah mula cemas... cepat la siap... cepat la siap...

"1288 counter 2"

aku dah bepeluh2.. rasa macam tengah dalam The Amazing Race... 

"1290 counter 2"

and done! ooooooo... lega gilaa... dapat setelkan akhirnya... as we were about to go home... aku tiba teringat pesan mak aku... suruh aku belikan stamp untuk fatimah hantar kad raya kat kawan2 dia... aku pegi kat akak yang kesunyian yang baik hati bagi aku pinjam gunting sebelom ni...

kaydee: "kak... nak beli stamp... kalo untuk hantar kad raya agak2 kene beli yang harga brape?"
kakak kesunyian: "sini kaunter RHB laaa... mana ada stamp... nak beli stamp kt kaunter2 sana tu..."