Tuesday, July 12, 2011

Superstitious



Everything was dark and gloomy.. so aku berdiri je… tak tau nak buat apa.. tiba-tiba aku nampak cahaya… aku jalan kearah cahaya tu… makin lama cahaya tu makin hilang… and aku nampak ada tombol pintu kat depan aku… aku bukak pintu tu… pastu aku nampak meja sekolah aku dulu… tempat duduk aku masa form 5… dan ada baby duduk atas meja tu… yes baby as in bayi… bukan kekasih hati… tapi yang peliknya… baby ni pakai topeng… topeng ala2 kumpulan slipknot… tapi tak berduri… baby tu angkat dua tangan dia… macam nak aku dukung dia… aku terus dekat dan time aku hampir nak sentuh tangan dia… aku dengar ringtone handphone aku… dan aku nampak ceiling bilik aku…

Niman: “ko pelik! KO PELIK!”

Tu je reaksi Niman bila aku cerita kat dia pasal mimpi aku masa Epud pegi beli makanan… aku tertido lepas tolong mak aku masak tengah hari tu… phone call Niman yang kejutkan aku… mungkin sebab aku tak reply mesej dia ajak lepak… it was already 4pm tapi Epud baru nak lunch… aku dengan Niman dah lunch kat rumah dah…so kitorang teman Epud makan je... sambil tu borak2 update pasal diri masing2...

after Epud finished his lunch, kitorang terus keluar dari Alamanda...and decided to go eat ice cream and jalan2 kat Taman Tasik Cempaka... cadangnya macam tu la.. tapi last2 kitorang park kereta and makan dalam kereta je... aku bleh nampak orang tengah main layang-layang... budak2 main bola... and beberapa couple tengah well jadi couple... Niman cerita pasal pengalaman dia dapat job buat video untuk Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah...

Niman: "masa aku jumpa dia... first dia cakap kat aku... "bak sini tangan kamu...""
Epud: "dia nak baca ke apa?"
Kaydee: "dia cakap apa?"
Niman: "dia cakap "oh! kamu ni... garang tapi kuat nangis ek?""

Epud & Kaydee: "HAHAHAHAHA!"



Epud was laughing cause it was true... aku plak gelak sebab beliau bukan nak borak2 dulu ke apa... tapi nak tengok tangan Niman dulu... lepas tu kitorang terus rancak borak pasal baca2 tangan ni... Epud dulu penah kene romantik and nakal bila orang baca tangan dia... tiga-tiga tunjuk tapak tangan... and cite pengalaman masing2 bila orang bacakan tapak tangan tu... macam kalo jari ni lagi panjang dari jari tu... maksud dia apa... macam2 laa... lepas tu masuk pasal jin... syaitan... i have no idea how eating ice cream can lead you to this kind of conversation...

tapi perbualan kitorang terhenti kejap bila Niman and Epud stop cakap sebab tengah usha awek mana entah tengah jalan2... i hate when they do that... buat aku rasa tak selesa... sama gak macam kat Alamanda sebelum tu... mula2 kitorg jalan sama2... tiba2 je diorang hilang and aku jalan dulu kedepan... bila aku cari mana diorg... diorg tengah jalan belakang pompuan seksi ni... ciss... patotlah lambat... 

Epud: "alaa... macam la ko takde bende yang ko tengok kat lelaki... mesti adanye..."
Kaydee: "aku tengok... bahu..."
Epud: "aku tengok semua..~~~ hehe"
Niman: "HAHAHAHA"
Kaydee: "tapi takde la tengok bahu sangat... mula2 aku mesti tengok mata dia.."
Epud: "kenapa tengok mata?"
Kaydee: "sebab dari mata tu la bleh tau perangai tu camana.."

aku dah mula rimas diorang asyik usik2 aku pasal hal ni... 

Epud: "yeke? cube tengok mata aku? perangai aku macam mana?"
Kaydee: "Ko Nakal!"
Niman: "aku? aku? aku?"
Kaydee: "ko? Garang tapi Kuat Nangis!"


Epud & Niman: "HAHAHAHAHHA!"
Niman: "hahaha... gurau kasar ek kd... hahaha"




lepas dah abiskan ice cream... Niman drive aku ngan Epud balik... but even after that long talk with them... aku still takleh lupe mimpi aku... biar je lah... mimpi ni kan mainan tido...


4 comments:

  1. aku suka la penulisan ko... tak kira! satu hari nanti, ko better publish buku! aku nak jadikan bedtime story. haha

    ReplyDelete
  2. hahaa... boleh2.. nnti aku tulis... ko baca kat anak ko nanti ek.. hahaha~

    nak buat buku mcm wimpy kid.. :P

    ReplyDelete