Monday, June 27, 2011

don't talk to strangers


Masa kecik dulu.. the most common thing you can ever hear your parents say is.. Don’t Talk To Strangers.. kalo ada orang tak kenal tegur, tak payah layan.. terus lari… kalo ada orang bagi gula-gula cepat-cepat amik gula-gula tu pastu lari.. okay takdelah amik gula-gula tu.. tapi memang betul la parents aku suruh lari…

Tapi ada sekali tu… aku tak dengar cakap parents aku…

Parents aku cukup risau pasal keselamatan kitorang adik beradik.. parents mana tak kan? So diorang masukkan aku ngan adik aku Bahim and Mail dalam kelas taekwondo… and I loved it! I made a lot of friends… yang aku tak suka pegi ujian2 dia… nak naik level seterusnye kene ada ujian.. and ujian dia bukan kat tempat latihan (tempat latihan kat padang takraw sekolah).. ujian dia kat dewan serbaguna jauh la jugak dari umah aku… 

My dad was busy so kitorang terpaksa jalan gi dewan tu.. jalan nak pegi tempat tu bagi budak2 berumur 12, 11 dan 9 tahun adalah sangat seronok… kitorang ikot short cut… so lalu longkang… lalu taman permainan lama…lorong-lorong sunyi... masa pergi takde pape berlaku… masa balik tu… tiba-tiba ada satu van ni behenti and makcik yang drive bukak pintu and tegur kitorang… dia tanya kitorang nak gi mana.. aku tengok adik aku Bahim… dia dah siap2 simpan botol air dia dalam beg… kaki dah ketar2 and macam dah get ready nak lari… secepat mungkin… Mail plak macam dah penat jalan… masa dia umur 9 tahun Mail sangat kecik and cepat penat… and kuat nangis… 

But the makcik to me seemed nice… so aku bercakap dengan dia… aku cakap kitorang nak balik rumah… bila tengok lama2 and dengar cara dia cakap… aku dapat rasakan dia bukan org Malaysia… maybe philipine or something.. and what do you think she said after that?

Makcik Van Buruk: “naiklah… biar saya hantar..”

I hate to admit it.. but Bahim was always the mature and smart one… dia tak nak naik van tu.. Bahim bisik kat aku and tarik baju aku.. dia cakap tak payah la naik.. nak dekat dah… tapi Mail time tu dah macam nak pengsan jalan… he was so skinny… jalan skit dah boleh buat dia pucat… tapi aku ikot jugak cakap Bahim…

Kaydee: “takpelah.. kami boleh jalan.. dekat dah nak sampai”
Makcik Van Buruk: “eh takpelah naiklah… naikkk…” *bukakkan pintu van*

She really did seem nice and macam ikhlas nak tolong… so aku naik je van tu.. adik-adik aku nak taknak terpakse gak ikot… my friends always tell me not to trust people too much… kalo aku yang dah umur 23 ni masih boleh pecaya prank2 korang… dapat bayangkan tak aku umur 12 tahun camana? 

Aku pehatikan keadaan dalam van tu… I didn’t like the smell… bau apa ni?... bahim muka tak rela je duduk dalam van tu… Mail plak macam lega dapat duduk… aku plak jadi tukang jawap sume soalan makcik tu… aku tunjukkan jalan kearah rumah aku kat makcik tu… tapi masa aku tengah tunjuk jalan tu baru la datang instinct not to be too honest… time tu la baru tiba-tiba je aku rasa takut… takut gila… bedebar-debar… rasa macam nak jerit mintak tolong je… baru lah aku nyesal gila tak dengar cakap bahim… aku takut sampai taknak tutup mata… takut bila bukak nanti dia dah bawak kitorang gi jalan yang aku tak kenal… pastu… pastu jual kitorang kat keluarga lain… and it would be my fault if my brothers takde buah pinggang atau mata… 

Sampai je hujung jalan nak masuk kawasan perumahan rumah kitorang… aku mintak makcik tu behentikan van… sedaya upaya taknak tunjuk yang aku takut… aku taknak dia tau mana kitorang tinggal so aku mintak dia stop kat hujung jalan yang dekat dengan rumah kawan aku Shaf (sori shaf)… 

Tapi makcik tu really turned out to be a nice person… she did just that… she stopped the van and toleh kat kitorang and smiled… aku cakap terima kasih… and pakse adik-adik aku cakap terima kasih jugak… kitorang tunggu van tu pegi sampai tak nampak dah van tu baru kitorang start jalan balik ke rumah betul kitorang… 

And that was the first and last time kitorang naik kenderaan orang yang kitorang tak kenal… aku ngan Bahim nak rahsiakan je bnda tu dari mak aku… tapi mulut budak darjah 3 memang susah nak tutup… Mail balik2 tu terus cite pasal makcik baik yang hantar kitorang balik… apa lagi kene marah ar… kan mak dah cakap jangan cakap dengan orang tak kenal… bla bla bla… mak hantar taekwondo nak korang belaja seni mempertahankan diri bukannye membahayakan diri…

Me and my brothers were lucky kitorang jumpa orang yang betul2 ikhlas nak tumpangkan… kalo orang tu betul2 jahat camana?aku cume boleh berharap yang orang yang dapat buah pinggang aku and mata aku akan jaga mereka dengan betul-betul.

No comments:

Post a Comment