Wednesday, December 28, 2011

Ejaan Kecemasan


aku taktau la mak orang lain tapi mak aku dia ada habit kalau depan kanak-kanak ke nak cakap benda menakutkan macam HANTU, LIPAN, atau kalau taknak kanak-kanak tu paham apa  yang nak disampaikan,(mesti umur yang belom tau membaca dan mengeja).. dia mesti akan eja benda tu...

it gets kinda annoying sometimes sebab perbualan akan jadi sangat lambat... and dia sometimes lupa yang anak2 dia ni semua dah boleh mengeja and membaca... biasanye dia buat ni sebab taknak fatimah paham... tapi fatimah dah darjah empat dah.. nak masuk darjah lima... dia masih lagi dengan habit dia tu... and i manage to capture that kind of moment masa adik-adik aku pegi memancing kat kampung raya lepas...

Sunday, December 25, 2011

the best distraction



i was looking for my old research (sebab malas nak research balik) and i found this in my external yang dah tak boleh nak tampung apa2 videos dah... penuh gila... aku kena beli external baru la... but that's not the point right now... i have a whole bunch of old random videos... yang family punya usah cakap ar... banyak gila.. nak delete memang sayang... and after watching video kat atas ni, aku macam terlalai plak... sejam lebih duk susun folder... i get distracted really easily... but that's also not the point right now... the real point is sambil aku setelkan hal-hal thesis ni, kalau aku bosan aku akan selang-selikan dengan edit video and I'm currently working on a video yang bajet macam nak tutup tirai 2011...


Saturday, December 24, 2011

Oo la love~



just found out about how cool this band is... lepas ni  mesti aku asyik sebut part "oh la love" tu je...

Tuesday, December 20, 2011

Comic Fiesta 2011




i had so much fun last Sunday... hari pertama comic fiesta this year (dengar cerita) dapat banyak kritikan tapi alhamdulillah masa hari kedua aku dengan member-member aku pegi, takde banyak masalah pon... i was shocked to see that we had to que sampai luar bangunan tapi line que tu gerak smooth je... check out the video i edited "Sejak Bila Mario Kawan dengan Darth Vader" (seriously.. sejak bila wei?)

Dah tengok? perasan tak Shazu cakap "kamtumi" tu? Munsyi pernah tweet kat Kak Arina.. and dalam tweet dia tu… dia cakap kat Kak Arina ayat lebih kurang macam come to me (kalau ada apa2 masalah)… yang comelnya pasal tweet tu.. dia eja… come to me… “kamtumi”… aku respond dengan cakap tu comel.. dia reply dengan bagi request aku letak “kamtumi” tu dalam next video aku… I know he might have been only joking but somehow I took it really seriously.. pecah otak gak la aku pikir camana nak buat kamtumi tu nampak spontan… I told Shazu about it and aku tak sangka dia boleh guna ayat tu dalam keadaan yang spontan… aku tak tau pon dia nak sebut tu time aku tengah rakam…

basically besides the picture with the person cosplayed as a video camera, that is definitely going to be listed in my best moment list.. 


* i really wanted to meet gameraiman tapi dia pegi hari sabtu... and i wanted to take a picture with fatin... tapi fatin busy gile dengan doll and 'boyfriend' baru dia... oh well, there's always next year*

Friday, December 16, 2011

Comic Fiesta (recap)



honestly, i am not a fan of comics... i don't read them.. i don't buy them.. i can draw (betul.. aku boleh melukis).. but that doesn't mean i like comics.. right? i just happened to have a bunch of friends who's into comics... but what i do really like.. and i enjoy doing it so much is recording events... aku dah lama tak merakam sebenarnya... so Ahad ni (18/12/2011) aku nak pegi Comic Fiesta dengan 3 orang member aku... dah dua tahun kitorang pegi event ni.. sebelom ni memang pakat pegi ramai-ramai.. tapi tahun ni tak boleh sebab ramai dah ada tanggungjawap lain... check out the recap vid i edited of the event in 2009 and 2010 (tu.. video kat atas tu)

check out the story behind Comic Fiesta 2009 here (ini tempat untuk klik)
Comic Fiesta 2010 takleh nak check it out... 
aku tak buat entry and tak edit video rasanya sebab time tu busy
eh jap!
boleh chek it out... kat blog jee... dia ada buat entry (ini tempat untuk klik)



Saturday, December 10, 2011

Friday, December 9, 2011

the first stage


abang dekat kaunter entrance library hulurkan tangan tanda nak check isi beg aku... somehow it made me feel like i was going to visit my brother in prison... tu pon kalau dia masuk penjara.. but we all know that's not gonna happen... unless dia terbunuh orang sebab biarkan stokin busuk dia merata-rata dan orang tu terjatuh sebab terpijak stokin busuk peluh tu...

kaydee: "bang, tak payah tu ke?"
abang kaunter: "tak payah apa?"

kalau kat UIA, nak masuk library kene lalu entrance yang kena swipe kad baru boleh masuk... tapi kat UKM ni aku tak nampak plak tempat nak swipe tu... to make things worst, at that exact moment, i didn't know how to explain my question.. sebab aku tak ingat ayat 'swipe kad'... so aku... well let's say i acted it out... aku keluarkan matrik kad dan aku lakonan sebijik depan abang tu gaya dan procedure kalo nak masuk library kat UIA...

abang kaunter: "oh tu... tak yah.. tak perlu... simpan kad kamu tu" *muka pelik*
kaydee: "okay..saya first time datang.. hehe"
abang kaunter: *angguk kepala dengan muka pelik dan hulurkan beg aku*

aku ucapkan terima kasih kepada abang tu tapi dalam hati aku berdoa bila aku dah selesai urusan aku kat library,  shift dia dah habis dan kami takkan bertemu lagi...but that wasn't really my problem... i didn't know where exactly to start looking for books... so i went to the nearest and largest counter to ask more questions...

pakcik kaunter: "ye cik?"
kaydee: "urmm.. saya baru first time datang sini... saya... errr.. tak tau nak buat apa dulu..."
pakcik kaunter: "oh.. cik jalan terus kedepan... ada kaunter.. ada  perempuan dekat situ... boleh tanya dia macam nak register dan hal-hal lain la..."

and i did just that... kakak kat kaunter tu sangat baik... sabar je layan aku... dia bagi aku borang untuk register... sambil aku isi borang aku tanya dia macam-macam...

kaydee: "kak.. kalau bukan student boleh masuk ke library ni?"
kakak kaunter: "kalo student U lain boleh je.. bawak je matrik kad.."
kaydee: "kalau bukan student? macam mak saya.. boleh tak?"

i wasn't trying to be funny or anything.. memang betul mak aku nak masuk... dia yang pesan suruh tanya...

kakak kaunter: "kalau dia kerja kerajaan boleh je..."
kaydee: "kalau dia suri rumah sepenuh masa?"
kakak kaunter: "hmm.. tak boleh... "*senyum sabar*
kaydee: "dah siap dah kak..." *bagi borang*
kakak kaunter : "okay.. adik naik tingkat 5.. dekat almari-almari tu ada tampal kategori buku...

kakak tu terangkan banyak lagi benda tapi aku tak berapa fokus.. dan balasannya? i had to spend a whole freaking 30 minutes to find the architecture and interior design section... sampai satu tahap aku rasa macam takda section tu dalam library tu... semua almari kat level 5 aku dah melawat takde satu pon tulis architecture atau interior design... rupa-rupanya ada column halang almari yang ada signboard fine arts...

after that i spend about an hour and half reading.. and jotting down notes... my supervisor gave me 6 months untuk siapkan literature review sahaja... bila first time aku dengar ni.. aku rasa macam wahhh banyaknya masa... kalo masa buat bachelor dulu, 6 bulan tu untuk siapkan satu thesis... tapi bila dia terangkan kat aku concept pyramid dia... aku terus cuak...

aku rasa sangat tenang study tanpa gangguan... kalau kat rumah mesti adik aku ketuk pintu mintak teman pegi toilet atau mak aku jerit suruh turun bawah kemas dapur, basuh pinggan... bila aku dah mula rasa malas nak membaca, aku stop dan terus balik rumah... at home, abah seems happy nampak aku balik dari library... sebelom aku masuk bilik aku...dia sempat pesan... 

 abah: "ingat ijah... student master takde cuti tau..."



* i miss editing videos*

Thursday, December 1, 2011

behind the story of Sleeping Macho




Back in 2009, time tu aku baru je nak abiskan second year aku kat UIAM, parents aku buat keputusan untuk transfer aku masuk UNIKL, dari dulu lagi sebenarnya diorang tak berapa setuju dengan course yang aku amik.. Abah nak aku tukar amik engineering... selama setahun aku kat main campus aku berjaya lagi pujuk diorang untuk kekalkan aku kat UIA, tapi by second year diorang paksa jugak aku tukar and back then i thought i had no choice...

after telling my studiomates about the news, diorang terkejut gak la.. sebab macam tiba-tiba... tapi bukan tiba-tiba sebenarnya, aku yang tak cerita kat orang... sebagai kenangan terakhir aku kat UIA, Shazu, Kak Az, Afri dan aku buat keputusan untuk buat sketsa spontan yang amik masa tak silap aku seharian merakam... sampai subuh keesokkan harinya kitorang lepak and shooting kat KAED...

nak pendekkan cite... obviously turns out aku tak jadi pon pegi UNIKL... berjaya gak lah pujuk Abah aku biar aku habiskan lagi 2 tahun kat UIA...keadaan ni bagi aku mula-mula sangat awkward... sebab yela dah touching2 dah nangis2 sebab nak tinggalkan uia... tiba-tiba aku ada balik next sem...

kenapa sekarang baru siap edit dan publish? well sebab utama dia, kitorang tangguh2 keje.. mula-mula Shazu try edit tapi dia tak habiskan... dan aku pulak nak buat video bloopers.. tapi aku pon tak habiskan... dalam masa yang sama kitorang segan... diorang segan tunjuk lakonan diorang... aku pulak segan nak rakam suara... but finally after two years.. aku berjaya gak abiskan edit video ni...

 bajet KAED tu castle~ surprisingly it does seem like a castle from this angle...

 Kak Az sebagai Puteri Sunyi

 Shazu sebagai Si Macho

 Afri sebagai Ahli Sihir Jahat

 Kaydee sebagai Pencerita

 kak az : "bau apa ni?"

 Afri : "ko ikot je bende ni... kd! rakam belakang sikit"

TRIVIA-extra Sleeping Macho:
1. we did this time dah abis exam dan dah abis presentation final... saja balik rumah lewat...
2. senjata yang Ahli Sihir Jahat guna tu sebenarnya tali handbag Kak Az, dah tercabut kitorg guna je la..
3. masa puteri tengah tengok kat luar tu, mana ada angin, Afri duduk belakang Kak Az gerakkan kain tu...nak nampak macam superman...

we had so much fun shooting this... aku harap orang lain tengok pon akan terhibur jugak...

Monday, November 28, 2011

you can't rush art


        

Al: "So, how long is this gonna take?"
Toy Cleaner: "You can't rush art."

the first time i watch this movie was way back in 1999... tak tau kenapa sampai sekarang aku ingat lagi ayat tu... siap selalu jadikan itu sebagai alasan untuk lambat siapkan keje~ hahaha~

Thursday, November 24, 2011

Lauk Raya Dari Reban Atuk



aku dah lama tak bukak laptop aku... sebab charger dia rosak... tapi baru-baru ni aku pinjam charger adik aku Mail untuk hidupkan kembali laptop aku...and i found a lot of old folders of videos... termasuk video2 raya sebelom ni... yang aku tak edit habis... tapi banyak jugaklah aku dah edit... so aku adjust amik certain event je... maka terciptalah... Lauk Raya Dari Reban Atuk...

aku tak sure sama ada adik-adik aku tak reti tangkap ayam atau ayam-ayam ni memang ada propaganda diorang sendiri macam dalam cite Chicken Run tu...  

.... dan mereka bergigi!




*satu benda yang paling aku takleh lupa pasal raya lepas ialah Opah aku panggil video camera aku torchlight... barulah aku tau selama ni bila aku rakam2 sebenarnya dia ingat aku main-main dengan torchlight...*

Wednesday, November 23, 2011

the simple thing that people tend to forget

A friend once said yang dia tak pernah nampak aku marah... kalau aku dengar ni aku cuma senyum tapi dalam hati aku akan cakap.. maybe we're not that close then... sebab aku selalu express marah aku kat kawan-kawan baik because i know they'll listen to me no matter how stupid the reason was...

and then there's a question kat formspring aku pernah dapat dulu... 

"what pisses you off the most?"

aku tak ingat aku tulis apa tapi tak silap aku... aku tulis orang buang bayi kot... kot la.. aku tak ingat...

tapi baru-baru ni bila suraya cerita kat aku pasal member dia ni.. dah buat plan dengan dia nak keluar pastu last minute dia cancel.. yes.. biasa la tu orang cancel last minute... thats normal but what pisses me off is that bila Suraya call nak make sure plan tu jadi ke tak... BARULAH member dia tu bagitau terpaksa cancel ada hal lain... and that was the night before nak keluar...

macam mana kalau Suraya tak call balik? Macam mana kalau dia tunggu je depan rumah tu... and member dia sampai minggu depan tak muncul2...nasib baik dia call sehari sebelom... kalau dah bersiap dah tunggu depan rumah... baru dia call member dia... time tu la baru member dia nak cakap "oh aku lupa!"... "alamak.. tak boleh la.."

aku honestly memang geram gila dengan orang macam ni... technology punya la banyak... handphone tu 24 jam dekat tangan tu je... tido pon sebelah kepala ada handphone... kalau kat facebook dengan twitter ko boleh canang macam-macam cerita.. update bagai... takkan la takleh spare some time bila dapat tau je tak boleh join atau nak cancel... call atau mesej orang yang kita dah buat janji tu... jangan sesekali tunggu orang tu call tanya barulah ko nak jawap "oh aku lupa!".. "alamak terpaksa cancel la"... that is just plain rude...

aku jenis yang kalau aku nak keluar aku plan ahead... kalau rancang nak buat apa2 aktiviti aku bagitau atleast  seminggu lagi awal... sebab aku nak member aku tau awal2 and kalau boleh free kan diri awal2... bukannya nak galakkan member aku lupa pasal plan tu... most people might think ni benda kecik je... bukan masalah negara pon... aku pon pikir macam tu gak... dululah... tapi bila dah banyak kali member buat macam ni kat aku... aku jadi tawar hati... malas nak layan dah... sebab bila dengar ayat "oh aku lupa" tu buat aku jadi sedih sangat-sangat... lebih2 lagi bila aku dapat tau dia dah buat plan lain... yang hal dengan aku ni tak setel lagi... tapi dia senyap2 cancel dalam kepala dia sendiri and buat plan lain... bila aku call dia nak tanya barulah dia nak cakap..

"oh lupa!"
"alamak.. tak boleh la..."
"ko diam je.. aku ingat tak jadi" 
"lorh.. nape ko tak ingatkan aku?"

bila kita lupa pasal sesuatu biasanye sebab benda tu tak penting langsung untuk kita... sebab tu kita mampu lupa... call me emo.. you can call me anything i don't care... sebab sekarang aku dah fed up... dah tawar hati... aku buat keputusan untuk taknak ajak dia pegi mana2... aku tak kisah kalau dia ajak.. and kalo aku free aku akan join... tapi kalo nak suruh aku yang jadi tukang ajak dia... not gonna happen~

one of the simple thing that people tend to forget is that its okay if you have other plans and  you can't make it... no one would mind... all you have to do is just pick up a phone and tell them that you can't make it... call them.. message them via any kind of technology that humans have created mainly for this purpose... that's the least you can do to show you actually have some respect for your friends...



Saturday, November 19, 2011

Something Borrowed


it's a thin line between love and friendship

if you're bored (macam aku) and you want something simple but not too bad to watch (macam aku jugak).. bolehlah try layan cite ni.. movie ni mainly focus on love and friendship (kalau tak percaya cuba baca poster kat atas)...

Rachel (Ginnifer Goodwin) is a talented attorney at a top New York law firm, a generous and loyal friend, and, unhappily, still single—as her engaged best friend Darcy (Kate Hudson) is constantly reminding her. But after celebrating her 30th birthday, perpetual good girl Rachel unexpectedly ends up in the arms of the guy she's had a crush on since law school, Dex (Colin Egglesfield)... who just happens to be Darcy's fiancĂ©.

The only person who knew about Rachel's crush and what happened between her and Dex is Ethan (John Krasinski), Rachel and Darcy's childhood friend. As one thing leads to another in the frantic weeks leading up to Darcy's wedding, Rachel finds herself in an impossible situation, caught between her treasured friendship with Darcy and the love of her life. -  MovieWeb




my thoughts after watching this? 

1. every girl should have a friend like Ethan!
2. Dex sangat slow dan poyo.
3. kalau dah suka tu... jangan main teka teki dengan tarik2 tali dah... masuk je meminang!
4. how come in every friendship movie mesti ada 2 org perempuan yang best friend and watak diorang mesti sorang tu baik gila selalu beralah... pastu sorang lagi mesti jenis yg pentingkan diri sendiri...? 

Thursday, November 17, 2011

misteri nusantara


ada satu misteri yang aku tak penah lagi dapat selesaikan.. kenapa gambar2 aku untuk IC aku, matrik kad... dan segala jenis kad yang orang malaysia perlu ada... tak penah2 elok... mesti nampak macam bekas banduan... tak pon kene paksa tangkap gambar... tak pon macam tengah demam time tu...

the crush

satu pagi yang aku tak sure cerah ke tak sebab tak tengok luar tingkap lagi, aku bangun je dari tidur, aku terbaca satu mesej dari Inas AAD Maxis.. yang berbunyi begini...

mata aku yang separuh bukak tiba2 jadi bulat... tak perlu sebenarnya besarkan mata sebab aku dah nampak dan dah baca dah pon mesej tu... aku tengok masa mesej tu di hantar... apa budak ni buat sampai jatuh cinta pukul 12:52 malam?
pulak dah... aritu dia jatuh cinta kat imam muda (aku tak ingat yang mana satu)... camana dari imam muda boleh suka gengster ni? tiba-tiba aku rasa macam nak kenakan inas... aku baru masukkan unifi kat rumah aku... so dapat nombor baru... time for phone call pranks.... aku mula-mula nak buat prank kat suraya tapi lain plak jadi nye.... suraya kenal sangat suara aku.... terus cakap "kd! nombor unifi ek?"... so this time i had to be more clever...
 
lepas sejam dua... aku try call inas pakai nombor baru... tapi dia tak angkat... aku call balik... dia tak angkat lagi... lepas try banyak kali akhirnya dia angkat gak phone call tu... dan aku cepat2 letak gagang telephone dekat dengan speaker PC... dan terus mainkan video ni.....


 dia mula2 percaya yang tu shamsul yusof...
tapi sekejap je la sebab lepas tu kantoi... 
dan aku menyesal buat prank ni kat inas sebab dia tak boleh stop gelakkan aku lepas tu...

Sunday, November 13, 2011

Shazu dan Niman @ Assalamualaikum TV AlHijrah



rasa macam baru je semalam aku tengok Shazu tidur keluar air liur basi sebelah aku dalam studio time semua orang tengah rushing siapkan project masing-masing... dan rasa macam baru semalam je aku perhatikan Nirman sebagai ketua kelas 5 Amanah pegi meja ke meja mintak homework matematik nak bagi Cikgu Suraidah...

sekarang dah masuk tv dah diorang... 

my boys are all growned up... *lap air mata bangga campur terharu*

korang masuk tv ke korang masuk istana ke... aku tak kira! aku tetap nak tuntut paddle pop aku!



*aku sangat kecewa Mozek tak dapat masuk sekali kena interview...*

Thursday, November 10, 2011

Tak Pernah Tengok Teletubbies



aku dah jadikan rutin aku tiap-tiap hari jogging... and bila Suraya cuti seminggu, kitorang plan pegi jogging sama-sama... dah lama Suraya mintak aku ajar cara-cara Makcik Saniah masak kari.. so aku buat keputusan untuk ajar dia lepas habis beriadah... oh btw, Makcik Saniah tu mak aku...

Thursday, October 27, 2011

The Graduation Present


i can't really describe how i feel after 4 years knowing these awesome people... so aku akan tunjuk kat korang how i really feel with this video (yang kat atas tu)... it took me about 3 to 4 weeks to finish but it was worth it...sepanjang 4 tahun ni.. there were of course ups and down... memang stress ambik course design ni... but when you're surrounded with good people, good friends... tak sempat nak stress lama-lama... this video is a present from me to my studiomates...

  tiba-tiba dapat idea nak print gambar ni... boleh jadi board untuk main dam atau chess...


dengan ini berakhirlah zaman  campus life aku kat UIAM...


oh! and guess what? i got good news and bad news... the good news is... alhamdulillah... aku bakal sambung Masters dalam bidang Interior Design kat UKM Bangi... 7 November ni pendaftaran... wish me luck! the bad news is I'm still living with my parents...

parents: "padan muka! you still living with us!" 

 
*pangkah impian nak duduk rumah sewa bersama teman2 (perempuan) awesome 
selepas grad dari senarai Impian Kaydee*


but come to think of it... make that two good news... jimat wei duduk rumah... makan free~

Tuesday, October 18, 2011

Goodbye Happiness



seronok aku tengok bilik dia... macam-macam benda ada....

Meeting Mkay




aku tak sangka blog aku yang sangat lah biasa ni ada orang sudi baca... ni bukan takat pembaca je... tapi dia junior aku jugak... kawan kepada Huda adik kawan aku Mozek... dan mungkin banyak lagi connection kitorang yang aku tak tau... pada hari aku dan studiomates aku pakat nak buat post-convo photoshoot... Shazu dan Dean teman aku pegi cari lecturer... aku nak mintak signature diorang untuk sambung master... bila lalu je studio first year Applied Arts and Design, aku terus nampak Maryam Kirana (Mkay)...

 Dean tido berdiri.. Mkay seronok dapat pakai topi convo...
kat belakang tu contoh graffiti tak siap...

Mkay takut ke kat Shazu dengan Dean?

Group Photo!

goodluck dengan studio life Mkay! :D