Sunday, November 28, 2010

the strategy



fatimah: "mah... nak mak!!!!! mahhhh nak maakkkkkk!!!! nak mak!!!"

adik aku fatimah dari tadi lagi asyik merengek ngan meragam... nak bagi dia main game dah lewat sangat.. she should be asleep but no matter what i tried, dia langsung tak nak dengar... i mean come on.... kesabaran seseorang ada batasannye... and aku dah mula rasa macam nak tengking je adik aku ni... tak pon nak kurungkan dia dalam bilik parents aku dengan bekalan makanan seminggu... tak pon sampai aku abis praktikal...

whaaattt?? alaa... terpikir je... aku tak buat pon...

fatimah: "kakak!!!! mah nak maaakkkkk!!!!!"

aku tengok je adik aku... sebab aku tak layan dia dari tadi... mata dia dah mula berair... kesian la plak tengok budak busuk sorang ni...

kaydee: "mak takde... kan mak gi haji... camna mah nak jumpa dia?"
fatimah: "nak mak jugakkkk!!!"

my sister is such a drama queen... i wonder where she got that from? camana aku nak buat budak ni diam?... aku ngan adik aku ni beza 11 tahun dan sebagai anak bongsu memang menjadi tanggungjawap dia untuk jadi telebeh manja... mak aku penah pesan kalo dah jadi camni jangan marah2 dia... kene pandai2 reasoning ngan dia... sebab adik aku yusof penah try cara marah2 ni....

yusof: "hah!!! merengek je keje! nak mak sangat kan? hahhh pegi laaa... pegi la cari mak... mana mah nak cari mak??? hahh??? mana?"

trust me... it didn't work... it never work... that made it worst...

kaydee: " mah... dah bape lama mah nangis?"
fatimah: "mana lah mah tau... mah nak makkkk!!!"
kaydee: "tak silap akak mah dah nangis jerit2 nak dekat sejam dah ni (baru 15minit) ... tak penat ke?"
fatimah: "mahhhh nak maaakkkkk!!!!!"

over la plak budak ni... okay kaydee... let the strategy begin...

kaydee: "sehari ada bape jam?"
fatimah: "........... 24jam"
kaydee: "kalo mah nangis sejam pagi, sejam tengah hari. sejam petang... sehari bape jam mah nangis?"
fatimah: "............ 3 jam"

fatimah dah stop nangis dah... tapi air mata dia tetap kuar... dah macam drama melayu dah aku tengok.... but atleast dia dah senyap and i got her attention...

kaydee: "sebulan ada bape hari?"
fatimah: ".... tak tahu..."
kaydee: "sebulan adalah ar dalam 30 hari... ingat tau..."
fatimah: *angguk2*
kaydee: "so katakanlah... mak ngan abah pegi haji untuk sebulan... sebulan ada 30 hari... setiap hari mah nangis untuk 3 jam... bape jam sume skali mah nangis untuk satu bulan?"

fatimah tak bersuara... aku tau dia tengah cuba kira2 dalam kepala dia...

fatimah: "...90 jam"
kaydee: " apee??? 90 jam??"

aku sedaya upaya buat muka tekejut dan risau.. harap-harap lakonan aku menjadi... tolong lah jangan kantoi ngan budak kecik ni...

kaydee: "kalo mah nangis, jerit2, merengek... sampai 90 jam... akak rasa mah...... bleh hilang suara..."



*awkward silence*





fatimah: "tipulaahhh... akak tipu"
kaydee: "akak serius ni... tak penah serius macam ni... nampak tak muka serius akak?"
fatimah: "tak... hahaha.. akak tipuuuuuu..."
kaydee: "tak tipu... suara mah pon naik nyampah mah tak abis2 guna dia... pastu dia lariiii..."
fatimah: "tipuuuu.... dia takde kaki camana bleh larii??? hahahaaha"


hilang dah air mata... kering dah air terjun yang jatuh tadi.... instead she was smiling... tak lama lepas tu time aku tengah bizi layan facebook dia tertido sebelah aku... dan rumah menjadi aman semula...

the castle

I'm not really a fan of Middle Eastern food.. kalo aku dapat menu dia mesti aku confius nak makan apa... so many to choose from... not to mention kebanyakan makanan dia above rm10... tapi Syed suka sangat2 makan makanan arab ni... and it's his birthday so to celebrate his birthday kitorang makan kat The Castle....

HAPPY BIRTHDAY SYED a.k.a ABANG GYM!


The Castle is a Middle Eastern restaurant at Jalan Damai Kuala Lumpur... kat Jalan Damai ni memang banyak restaurant concept arab2 ni... tapi The Castle ni senang je nak cari... cari je gerbang pintu (entrance) yang macam istana zaman King Arthur tu... hahhh... tu la dia The Castle...

hahhh... ni la dia The Castle... (di waktu pagi)



cliche? i know... but everything ends with a group photo right?



i guess not... ni hah... orang yang tangkap gambar tu...


oh yeah... congratz to Aishah yang bakal jadi lecturer architecture kat Linton University College this coming 1st December... aku tak sabar tunggu giliran aku plak jadi lecturer... insyallah...

Wednesday, November 24, 2010

the wanted


right now... ada dua perkara yang aku nak sangat-sangat....


1. a vacation!

2. masuk studio balik!



and this video shows exactly those two things yang aku nak tu ... check out this video from our heritage trip last year (yee.. betul la.. kira last year ar...)



sampai ke hari ni... aku tak tau la nape aku nak sangat rakam diorang pakai spek hitam...




Wednesday, November 17, 2010

the return

miss me? i miss me too... lately, i've been occupied with... stuff

abang doktor... pensel nak abis... beli lagi pensel... aku nak patahkan lagi...




parents aku gi haji... so aku kene jadi ibu tunggal yang tengah praktikal, seorang kakak yang bajet tegas, a student with thesis to worry about, seorang videographer (eleh baru first job~) yang kene redo edit video (kan aku dah cakap baru first time), dan bibik yang kene masak dan uruskan rumah tangga... sumenye serentak... and it's driving me crazy!!!

aku sangat kagum ngan parents aku... macam mana ayah aku bleh tak bawak hal2 kerja balik rumah... macam mana mak aku bleh jadi suri rumah yang sangat sabar ngan perangai 5 orang anak dia yang berbeza2 tak ikot musim langsung... baru aku tau betapa susahnya nak jaga adik aku fatimah tu... sebab mak aku takde... aku la yang dijadikan tumpuan untuk dapatkan attention and kids need full attention... kalo tak layan, diorang akan memberontak... merajuk... and trust me you don't want to deal with that...

tinggal bape hari je lagi aku nak abis praktikal... aku habis 30hb ni... and parents aku pulang pada 28hb... by that time maybe aku bleh relax skit... all this experience buat aku appreciate gila parents aku... aku janji (buat masa ni) nak jadi budak baik yang patuh ngan mak bapak aku..

i know i said bye2 to you blogspot.... but i missed you... tumblr's cool but i guess i'm not into reblogging... aku pening tgk terlalu banyak sangat kata2 hikmat... and i think i can have both of you... and now that I've fixed you (walopun header bapak hodoh and aku nak tukar) can we be friends again? *senyum penuh harapan*

Selamat Hari Raya Aidil Adha... adik aku memberontak takpe... jangan lembu memberontak sudah~

Wednesday, November 3, 2010

the replacement


blogspot... we need to talk! i wanna break up!

you're beginning to get on my nerves... aku tak bukak blog aku untuk dua minggu and then this happened... kan biasenya layout blog aku ada dua column kan? ni aku tak tau penyakit ape ar yang serang blog aku sampai column kedua tu (tempat letak profile, recent update, blog list, benda alah tu sume) segan2 nak duduk kat column dia... suka sangat nyorok kat bawah tu... hah duduk la kat situ selama2nya... cause i've got a replacement for you... yeah you heard me blogspot... i'm replacing you... what? what's that i hear you say?

blogspot the beoples: "tolong2... jangan tinggalkan saya tuan kaydee"

oooohhhh.... ko tak sanggup tuan ko ni bertukar kasih pegi ke blog lain? well you should have think about that when you're too shy to follow my orders when i set you to two columns!

bye2 the beoples... hello the scrapbook~
http://blurrity.tumblr.com/