Wednesday, October 6, 2010

the telephone


I've been an intern for 3 months now and I think I’m having trouble with office equipment… macam suma alat dalam office tu… kalo aku yang guna mesti akan ada something wrong… mestinya la… Kat meja aku ada satu telephone pejabat… dalam banyak2 bende dalam office tu… aku paling takut telephone ni la… setiap kali dier bunyi mesti aku pura2 sibukkan diri… sampai la satu hari malang tu…

Tuuutuuutuuuutuuuuttt…. (bunyi telephone)

*aku macam biasa pura2 tak dengar dan dengan penuh sabar tunggu dan harap orang lain angkat kat meja diorang*

Tuuutuuutuuuutuuutuuuuuttuuuuttt (bunyi telephone yg masih berbunyi)

*aku keresahan*

Kak zurah: “kd… angkat lah telephone tu…”
Kaydee: “huh?? Okay… okay…”

*jantung aku hampir jatuh*

Kaydee: “hello…??”
Kak sarah: “hah.. kd… kd bizi tak? Bleh tolong akak tak? Dtg tempat akak jap…”

Laaa!! Buat penat je aku cuak… kak sarah is the only QS dalam company ni… kadang2 aku tolong2 dia sebab banyak benda2 QS dia kene handle sorang2… keje yang kak sarah bagi takde la susah mana… dia nak aku tolong susun and binding document2 yang nak bagi kat arkitek… nak mintak arkitek sign… lepas tolong kak sarah, aku terus gi tempat duduk aku balik nak sambung keje yang kak zurah bagi… aku kene betolkan drawing sekolah puncak jalil… tiba2…

“Tutuuutuuutuuutuuuututuuu”

*aku pandang je telephone tu… mengharap telephone tu cepat2 stop berdering*

Kak zurah: “kd… angkat telephone tuuu”
Kenapa kene telephone kat tempat aku gak yang bunyi??.. aku angkat pelahan2…

Kaydee: “hel… lo…….”
Kak hajar: “hello? Kd? Kak hajar ni…”

I was so glad it was somebody from the office that I know and not some client that i do not know… tapi aku tak nampak pon kak hajar arini… baru aku ingat... kak hajar pegi site…

Kak hajar: “kd pegi kat tempat duduk kak hajar… ada dua sampul kt belakang tempat duduk kak hajar kat depan tempat duduk kak ijat… bla… bla… blaa… cari sampul yang tulis pengarah… blab la bla… tajuk dia… blab la bla…. Bagi kat kak zurah...”

Kak hajar was talking so fast aku hampir tak dapat nak catit isi2 penting… aku dah mula cuak dah… takut aku ada tertinggal apa2…

Kaydee: “ okay… okay.. okay… “
Kak hajar: “ kd try bukak surat dalam sampul tu… apa tajuk dia?”

Aku rasa tu la tajuk yang paling panjang aku penah nampak… kalah tajuk thesis budak2 studio aku (yang ikot cara Dr Sham ar)….

Kaydee: “nak kd baca ke?”
Kak hajar: “hah… bacakan…”
Kaydee: “cadangan mengubahsuai sekolah…. Bla bla bla bla…..”

Aku dah mula segan… rasa macam aku budak darjah satu plak baca kuat2… after a long reading… akhirnya aku habis gak baca tajuk tu…

Kak hajar: “hah.. betol la yang tu… kd fotostat dulu pastu baru bagi kt kak zurah…”
Kaydee: “okay… tu je ke kak hajar?”
Kak hajar: “ pass phone kat zurah jap… akak nak cakap ngan dier”

Aku dah lega gila time ni… tapi aku lega cepat sangat…

Kaydee: “kak zurah! Kak hajar nak cakap…”
Kak zurah: “ okay kd pass kat kak zurah..”

Pass? Apa maksud diorang pass2 ni? Kak zurah ni tak nak bangun datang ckp ngan kak hajar kat tempat aku ke?

Kaydee: “nak pass macam mana?”

Kak zurah: “kd tutup pastu tekan 1.. 9…”
Kaydee : “okay.. 1… 9…”

Aku tekan 1 pastu aku tekan 9…Nothing happened… aku dengar bunyi butang tu je kat telinge aku… and apparently kak hajar pon dengar gak…

Kak hajar: “kd!.... bukan….”

Aku try lagi tekan… entah2 kene tekan serentak kot… so aku tekan serentak 1 dan 9….

Kak hajar: “ kd!! Bukan macam tu… hahaha”

Aku dengar sayup2 suara kak hajar cakap kat telephone… suara dier sayup2 sebab aku asyik tekan butang2 tu bertubi2… tenggelam suara kak hajar….

Kak zurah: “ dah ke belom kd? kenapa tak bunyi lagi ni?”

Sume orang tengah tengok gelagat aku cuba ‘pass’ talian kat kak zurah… kak ijat supervisor aku pandang je aku sambil geleng2 kepala….

Kak ijat: “ya allah… anak orang niiiii…”

Kak zurah: “kd… tekan dulu tempat tutup telephone tu… pastu baru tekan 1… 9…”

Aku try lagi… tapi tak jadi…

Kaydee: “tak boleh pon….”

Kak hajar: “tekan kat tempat letak gagang tu kd… pastu baru tekan 1… 9… hahahaa“

Kecoh kejap office… sume tengah nak ajar aku… kak hajar yang still kat talian pon tengah berusaha ajar aku… Aku rasa dari tadi lagi kak hajar asyik dengar bunyi aku tekan butang2 nombor tu… aku cuba tenangkan diri… and akhirnya jadi gak…

Kak zurah: “kd tggu dulu”
Kak hajar: “tunggu telephone kak zurah bunyi dulu… dia angkat… baru letak phone….”
Kaydee: “okay….”

Aku cuma mampu sengeh je kat diorang… and suma orang sambung keje balik… but I could feel my face turning red… malu siot… aku reti buat autocad… reti buat 3D… tapi ak tak reti guna telephone office… you might think that I’d give up picking up phones after that… tapi tragedy tu buat aku lagi teruja time telephone bunyi kat office…


6 comments:

  1. stended kd...stended..it doesnt comes with a manual..hahah

    ReplyDelete
  2. lawak la kd.hahaha.tp sma mcm inas.inas pn tkot kalau ader bunyi telepon.cpt2 lari tmpt lain

    ReplyDelete
  3. maryam: i can't believe i was that close to being a telephobic.. hahaa~

    niman: i wish it does... :P

    inas: selagi boleh lari... lari inas... run like the wind! ahahaha~

    ReplyDelete
  4. haha .rasanya bagi sume org yang baru kerja macam nilah conditionnyekot.
    coz.. me too (-_-)''

    ReplyDelete
  5. hahaa.. kak qil pon? kd smpai skrg mesti akan mengelak dari angkat phone... siap lari lagi.. hahaha~

    nanti bila dah keje tetap baru xnak takut ar... ;P

    ReplyDelete