Thursday, June 24, 2010

Mari Berbahasa Melayu


Syarat-syarat :
1. Semua soalan dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
2. Tag orang yang telah men'tag' anda

3. Tag orang yang anda mahu tag.


1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
Saya sedang makan roti canai bersama-sama dengan Suraya, Shafizah, Nirman dan Saifuddin di Restoran Al- Fariz Maju di seksyen 15 Bangi.

2. Dua jam yang lalu?
Saya, Suraya dan Shafizah berkejar-kejaran membeli kasut Suraya di Alamanda. Kasut itu khas untuk dia pakai bagi menghadiri satu kenduri kahwin yang saya kurang pasti akan dilangsungkan bila dan dimana.

3. Anda suka
Merakam aksi-aksi lucu teman-teman rapat. Saya juga suka membuat lawak bagi menceriakan hidup kawan-kawan saya. Malangnya mereka tidak berfikir sebegitu kerana bagi mereka saya tidak kelakar. Mendengar muzik-muzik di telefon bimbit dan komputer riba.

4. Minggu ini
Saya banyak menghabiskan masa mencari tempat untuk menjalankan latihan praktikal selama lima bulan. Selain itu, saya juga banyak menghabiskan masa melakukan explorasi dalam penyuntingan video.

5. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali

Justin Bieber - Jangan Sesekali Bilang Tidak

Semua Orang Amerika yang ditolak – Lagi Satu Panggilan Hati-Hati

Dua Puluh Kotak Mancis - Penyakit

6. Tiga binatang yang anda tak suka

-cicak

-khinzir

-anjing

7. Lima fakta tentang anda
-Saya selalu berfikiran kabur atau samar-samar.

- Orang selalu anggap saya adalah adik kepada adik saya padahal saya sebenarnya adalah kakak kepada adik saya itu.

-Saya masih tidak ada kebenaran rasmi untuk memandu.

-Ada antara mereka yang suka menyatakan saya ketawa sama seperti seekor kuda. Sukar untuk dipercayai bukan? Saya juga tidak mahu percaya.

-Saya juga tidak suka minum air yang berkarbonat. Tidakkah anda semua sakit lidah ketika minum air sebegitu? Hal ini juga saya sukar untuk terima. Sakit lidah yang teramat tahu!

8. Tahun depan mungkin
Saya akan berada di dalam studio menyiapkan kerja-kerja saya dan menghabiskan tahun akhir saya di Universiti.


9. Saya tak reti
menjahit dengan cantik dan teratur. Jahitan saya cakar ayam.

10. Saya pandai
dalam mempelajari sesuatu dengan pantas. Tapi saya juga pandai dalam melupakan sesuatu dengan pantas.


11. Kawan saya
semua gila dan tidak berapa benar.

12. Saya ada
sebuah alat perakam video yang bernama Bayi

13. Saya seorang
yang suka berkawan. Saya suka mendengar celoteh rakan-rakan dan menghargai setiap saat yang berlaku dalam hidup saya.

14. Adik-adik saya
semua telah menobatkan diri mereka sebagai pembuli tetap saya.


15. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
-Merakam

-Bergambar

-Membaca

- Menonton filem

16. Bilakah pertama kali anda bercinta?
Saya belum berpeluang lagi merasa dunia percintaan.

17. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda
Mereka tak percaya saya sebenarnye sangat samar- samar kerana raut wajah saya ketika pertama kali berjumpa akan selalu dianggap sebagai seorang yang matang, garang dan tegas.

18. Saya rindu
zaman persekolahan saya. Ketika itu saya tak perlu fikirkan masalah- masalah dan hal-hal dewasa.

19. Saya tak sabar
menunggu satu tarikh dimana saya akan menunjukkan bakat saya pada seseorang.

20. Lima laman yang anda slalu layari:
-Google

-MukaBuku

-TiubAnda

- Blog

- Disain Susu

21. Siapa yang anda mahu tag?
Saya mahu letak di blog saya sahaja. Mana mungkin boleh tag orang di sini.

buku ni sangatlah familiar... aku rasa ni buku adik aku ni...

*i never thought i'd be using google translate for this entry*

No comments:

Post a Comment